Pemuda-pemudi Tunjang Kebangkitan Islam 1
Assalamualaikum wbt.
Tidak terlewat sekiranya ingin saya ucapkan syukur kerana buat sekian kalinya masih diberi peluang oleh Allah hidup di bumi penuh ujian ini. Sempena sambutan maulidur rasul ini, tidak salah kiranya saya ingin keluar dengan tema dan misi untuk diri saya sendiri. Tajuk entry kali inilah tema maulidur rasul saya. Pemuda-pemudi Tunjang Kebangkitan Islam.
Semangat saya benar-benar berkobar apabila membaca sebuah artikel karangan seorang pelajar jurusan kimia tahun 2 University of Auckland. Maka, saya tidak mahu mengambil terlalu banyak ruang tulisan kali ini untuk memberi laluan kepada tulisan saudara kita ini. Semoga hadirat pembaca dapat mengambil pedoman untuk terus dijadikan amalan.
PEMUDA - PEMUDI TUNJANG KEBANGKITAN ISLAM
Menyelusuri kehidupan dunia liberal hari ini, kita menyaksikan betapa Barat begitu obses dalam menakluki dunia seanteronya. Kita juga didedahkan dengan pelbagai revolusi yang telah mula wujud sejak abad ke-18 lagi, dan kini mahu atau tidak, kita perlu menerima hakikat eksistensi globalisasi, satu lagi gerbang dunia yang berupaya melupuskan sempadan jarak dan masa. Segala-galanya mengalami desakan perubahan yang hebat, sehingga mewujudkan keruwetan moral di kalangan masyarakat dunia, kecelaruan institusi sosial, mehnah dan tribulasi dalam beragama, serta kontaminasi budaya. Seperti yang telah dinyatakan, kemajuan media dan kepesatan teknologi maklumat membolehkan Barat dengan mudahnya mengindoktrinasikan ideologi-idelogi mereka, malah itulah tujuan dan sasaran mereka bagi misi globalisasi yang telah dicitrakan itu. Antara lainnya, Barat kian menggandakan usaha melumpuhkan starta dan stratifikasi komuniti Islam. Malangnya, masyarakat Islam kini semakin alpa, dan dalam kealpaan itulah, Barat terus memperkasa doktrin mereka, mengkolonial pemikiran kita kononnya itulah gagasan idea kolonialisme yang perlu dijadikan panduan hidup, seterusnya mengakibatkan ilmu tidak lagi dimuliakan dan kontemplasi serta tafakur secara rohaniah jua disisihkan.
Tatkala Barat penuh bersemangat menyongsong millenium baru dengan memacu teknologi-teknologi terbaru, memperkasa misi dan propaganda, serta merangka strategi ekonomi liberal melalui pelbagai konsensus, majoriti masyarakat Islam hanya menjadi penonton yang tidak memahami jalan ceritanya. Lebih menyedihkan, bangsa Muslim dianiaya secara fizikal dan mental. Kita menyaksikan ratusan ribu Muslim Kosovo diusir oleh bangsa Serbia, kaum Muslimin Iraq yang dihimpit musibah berganda, derita serangan bersenjata oleh Amerika, dan diprojeksikan pula bahawa menjelang akhir tahun ini, dua per tiga penduduk Indonesia (anggaran 150 juta Muslim) akan hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa. Terdetiknya persoalan, sampai bilakah harus begini?
Berbicara soal kebangkitan, tidak dinafikan sejumlah besar Muslim, akan memberi tanggapan sinis mahupun pandangan yang skeptis. Rentetan pertanyaan tentang apakah itu kebangkitan umat Islam dan bagaimanakah mewujudkannya, menjadi seruan yang tidak berbalas. Bak bertepuk sebelah tangan, baik da’i mahupun umat saling bertanya dan menunding jari, lalu apakah yang harus dilakukan bagi menjamin masa depan Islam yang gemilang?
Kronologi sejarah tamadun dunia membuktikan betapa pemuda-pemudi benar-benar memainkan peranan penting dalam perjuangan menggapai cita-cita. Sekadar beberapa contoh, Revolusi Perancis yang menumbangkan kekuasaan monarki, perjuangan demokrasi di
Mereka berdaya kerana mereka yakin dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang berbunyi: “Kamu (pengikut Muhammad) sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (dicontohi) manusia…”
Mereka inilah yang diidentifikasikan sebagai pemuda-pemudi beriman yang sudah tentu berkeupayaan mendukung cabaran dan onak duri dalam perjuangan memartabatkan Islam di persada dunia. Beberapa orang tokoh wajar dijadikan contoh. Antaranya Imam Syafi’e yang telah menghafaz Al-Quran sejak berusia 9 tahun, yang kemudiannya telah muncul sebagai mujtahid dan imam mazhab yang terkemuka. Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin ketika berumur 23 tahun. Usamah bin Zaid pula ketika berusia 18 tahun telah memimpin pasukan perang, manakala Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwan telah mula menyertai perjuangan sejak berumur 8 tahun. Begitu juga dengan Saad bin Abi Waqqash yang telah dilantik sebagai panglima perang Al-Qadhisiah pada usia 17 tahun ketika melawan kuasa besar
- Artikel ini masih belum tamat.Oleh kerana ia agak panjang, maka saya membuat keputusan untuk memasukkan hanya sebahagian daripada artikel asal dalam entry kali ini.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Saya akan kembali dengan sambungan artikel ini di lain hari.
2 comments:
Assalamualaikum
mohon ambil sedikat ilmu dari artikel yang berguna ini.
terima kasih.
wsalam wbt..
silekan2