Saturday, March 15, 2008

_ _ _ _

Assalamualaikum

Kadang-kadang saya rasa terleka dengan apa yang saya lalui seharian. Apa yang kita hadapi setiap hari sepatutnya mendekatkan kita kepada suatu kejayaan hakiki. Namun pada hakikatnya, saya sendiri masih mencari-cari di manakah kejayaan hakiki itu dapat saya temui. Segalanya kabur, berterabur dan tidak dapat saya susun untuk menjadi sesuatu yang konkrit. Manusia memerlukan

Sahabat sekalian,

Suka untuk saya bercerita tentang salah satu organ manusia, yang kompleks penciptaannya, istimewa fungsinya dan penting peranannya untuk kita. Tidak disangkal kepentingannya hingga disebut dalam salah satu hadis Rasulullah yang berbunyi:

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah _ _ _ _"


Saya pasti anda tahu apakah huruf-huruf yang perlu diisikan dalam setiap tempat kosong itu. _ _ _ _ pada saya bukan sekadar seketul daging. Antara lain, organ inilah yang bertanggung jawab membawa manusia terus kepada hidayah Allah atau menyeret manusia ke lembah kehinaan. Berbeza dengan mulut, _ _ _ _ dapat mempengaruhi seluruh anggota lain untuk bertindak mengikut prinsip yang telah ditanam, atau sekadar "follow the flow".

Pada zahirnya, manusia semuanya kelihatan sama. Setiap insan yang cukup sifatnya (ada 2 kaki, 2 mata, 1 hidung,1 mulut, 2 tangan dan seterusnya) boleh mempunyai perwatakan berbeza-beza kerana apa yang tertanam di dalam _ _ _ _.

Seandainya perbuatan kita sehari-hari dipandu oleh _ _ _ _ yang dikelolai nafsu, maka hasilnya ialah perwatakan dan perlakuan yang kurang manis. Andainya pula _ _ _ _ dikelolai iman yang terhasil daripada tunduknya akal kepada wahyu, maka akan terhasil suatu peribadi terpuji daripada manusia tersebut. Umat islam secara umumnya, tidak boleh membiarkan diri ditakluk _ _ _ _ yang bergelumang nafsu kerana sudah jelas wahyu disampaikan oleh Allah melalui pesuruhNya dan kini sudah pula dimashafkan untuk menjadi pengajaran dan pedoman hidup. Sudah terang amaran yang diberikan oleh Allah.

"dan yang menyampaikan wahyu. Untuk menolak alasan atau memberi peringatan. Sungguh, apa yang dijanjikan kepadamu pasti terjadi." al-Mursalat:5-7
Sahabat sekalian,
Ada manusia yang hidup selesa, senang-lenang. Ada pula yang terpaksa mengharungi pelbagai penderitaan. Tiada lain yang boleh disalahkan melainkan manusia-manusia yang pada _ _ _ _ nya menghidap pelbagai "penyakit". Penyakit hasad, dengki, mementingkan diri sendiri, ego, hipokrit dan sebagainya.

Organ yang cuba maksudkan itu ialah H A T I ..

Sungguh, hanya Dialah yang mengetahui.

Sebelum mengakhiri, ingin saya berkongsi suatu video. Semoga ia bermanfaat untuk semua.



InsyaAllah, saya akan kembali bercerita tentang _ _ _ _ seandainya masih diizinkan.

2 comments:

Anonymous said...

Perkongsian dr petikan buku Dr Danial:

Umat Islam berjaya membina kegemilangan kerana mereka memulakan langkah dari dalam iaitu daripada hati. Perubahan yang bermula daripada hati kekal lama. Justeru, umat Islam dituntut menghias hati mereka dengan bertakwa kepada Allah. Dengan kekuatan takwa mereka dapat mengubah segala-galanya. Menurut Imam Muslim, nabi bersabda, “Takwa itu di sini (dan baginda terus menunjukkan kpd dada baginda).
Hati dan takwa secara dasarnya tidak dpt dipisahkan. Imam Al-Ghazali di dlm Ihya Ulumuddin d bab Huraian Keajaiban Hati berkata, ”Hati ialah raja bagi manusia. Sebagai raja, hati mempunyai tentera-tentera yang mampu melaksanakan kehendak-kehendaknya. Tentera-tentera ini dikenali sbg tentera-tentera zahir dan batin. Tentera-tentera zahir ialah segala anggota badan yg dikurniakan kpd manusia. Tentera-tentera batin pula ialah nafsu syahwat dan marah di samping ilmu, hikmat dan kebijaksanaan. Nafsu syahwat dan marah mampu memainkn dua peranan yg berbeza iaitu membantu hati atau menghancurkannya. Justeru hati memerlukan ilmu dan hikmat supaya dgnnya nafsu syahwat dan marah dpt dikekang bg melaksanakan perkara-perkara yg bermanfaat shj. Ilmu yg paling mulia ialah ilmu ttg Allah serta keagunganNya.

Imam Ghazali seterusnya berkata, “Berbekalkan ilmu dan keyakinan ini hati manusia akan menjadi bersih dan hasilnya ialah kebahagiaan bg manusia di dunia dan akhirat. Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata, “ Sesungguhnya Allah mempunyai bejana di muka bumi dan ia adalah dlm bentuk hati-hati manusia. Hati yg plaing dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut, paling suci dan paling keras. Maksud paling keras ialah yg paling keras berpegang pd agama Allah. Maksud yang paling suci ialah yg paling suci drpd sudut keyakinan dan maksud yang paling lembut ialah yg paling berlemah lembut kpd sahabat dan taulan.”


Hati-hati jaga hati..

Looking Back said...

..salam..

..sedikit tambahan..manusia bagaikan seperti daging yg tiada ape2 tanpa ilmu..oleh itu dalam menjaga hati perlulah di pupuk ilmu yg berguna supaya lebey mantap hati yang di jaga..

sekian..

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB