Wednesday, May 30, 2007

Menantikan dunia untuk berubah



"Waiting On The World To Change"

Me and all my friends

We're all misunderstood

They say we stand for nothing and

There's no way we ever could


Now we see everything that's going wrong

With the world and those who lead it

We just feel like we don't have the means

To rise above and beat it


So we keep waiting

Waiting on the world to change

We keep on waiting

Waiting on the world to change


It's hard to beat the system

When we're standing at a distance

So we keep waiting

Waiting on the world to change


Now if we had the power

To bring our neighbors home from war

They would have never missed a Christmas

No more ribbons on their door

And when you trust your television

What you get is what you got

Cause when they own the information, oh

They can bend it all they want


That's why we're waiting

Waiting on the world to change

We keep on waiting

Waiting on the world to change


It's not that we don't care,

We just know that the fight ain't fair

So we keep on waiting

Waiting on the world to change


And we're still waiting

Waiting on the world to change

We keep on waiting waiting on the world to change

One day our generation

Is gonna rule the population

So we keep on waiting

Waiting on the world to change


We keep on waiting

Waiting on the world to change


Saya diperkenalkan kepada lagu di atas oleh seorang sahabat yang pernah suatu ketika sama-sama berjuang di Auckland ini. Namun, kini beliau sudahpun menamatkan pelajaran dan sudahpun memasuki alam perkerjaan. Katanya, ada sesuatu yang istimewa pada lagu ini.


Tajuknya sahaja sudah cukup membuatkan saya tertarik untuk meneliti bait2 lagu ini dengan lebih lanjut. Mengapa perlu menanti dunia berubah? Apa yang tak kena dengan dunia sekarang? Bukankah kita hidup di zaman moden.. Ada komputer canggih, ada kenderaan mewah dan pelbagai mesin serta sistem ciptaan manusia lain yang membantu kita menjalani kehidupan seharian.


Masalah dunia kini bukanlah masalah teknologi.Tetapi, ada kemungkinan teknologilah yang menyebabkan masalah dunia berlaku. Saya bukanlah seorang pengikut taliban yang langsung tidak mahu menerima teknologi, bahkan saya bersyukur dengan teknologi yang kita sama-sama kecapi kini (kalau saya benci teknologi, masakan saya kini menulis di laman blog??). Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, terlalu banyak penderitaan manusia yang dapat kita lihat hanya kerana mahukan sebahagian manusia lain hidup lebih selesa.


Kita usah pergi jauh, lihat sahaja pada rakyat di negara jiran, Indonesia. Masalah yang berlaku di Indonesia bukan sekadar masalah pendatang haram semata-mata. Kita pasti rasa marah bile memikirkan fenomena pendatang asing ini. Namun, pernahkah ada antara kita bertanya, "kenapa agaknya diorang ni sanggup ambil pelbagai risiko untuk datang ke Malaysia?". Sahabat sekalian, bukan niat di hati mahu membela golongan pendatang asing. Namun, perlu kita tahu, bukan suka-suka mereka masuk ke negara kita secara haram. Ini semua tidak akan dilakukan melainkan apa yang mereka nampak ialah berada di Malaysia membolehkan mereka lari dari penderitaan yang sedang dihadapi kini.


Bagi membolehkan rakan-rakan memahami serba-sedikit mengenai masalah ekonomi dan kemelaratan hidup rakyat Indoesia, sila lihat klip video yang saya ambil dari laman video kegemaran ramai, Youtube…

Di atas hanya salah satu daripada 7 siri dokumentari pendek berkisar krisis ekonomi di indonesia. Untuk menonton sambungan siri ini, sila klik di sini.


Sahabat sekalian, memerhatikan masalah di indonesia, sebenarnya mengajar kita sesuatu. Maka benarlah, dunia ini perlu berubah ke arah yang lebih baik. Sistem yang ada kini terlalu banyak kesalahan dan kelemahannya. Manusia pernah pada suatu masa dahulu diperintah oleh suatu sistem yang sangat cantik. Sistem yang menjaga hak-hak manusia di samping tidak menghalang kemajuan dunia. Sistem yang datang daripada Pencipta manusia sendiri.


Sepertimana lagu di atas, kita tidak boleh hanya menanti. Dunia dan sistem yang ada kini tidak akan berubah tanpa ada mereka yang sedar, mahukan perubahan ke arah yang lebih baik. Sekali lagi ingin saya tegaskan, sahabat sekalian mampu berbuat sesuatu. Janganlah biarkan diri kita tertipu dengan kemewahan yang kita kecapi kini. Kita perlu berbuat sesuatu.


Cukuplah dahulu buat masa ini. Sama-samalah kita perhatikan apa yang berlaku di dunia. Janganlah hanya risaukan apa yang berlaku pada diri sendiri. Anda pilihlah sama ada mahu melihat dunia dari mata burung atau sekadar melihatnya dari dalam tempurung.

Sekian,

Ke arah menjana pemikiran belia kritis dan pelaksanaan berkesan..




3 comments:

rough_U_deen said...

Benar, kan Allah swt dah bagitau manusia melalui QalamNya. Rujuk ar-Ra'd;13:11

Anonymous said...

Ya, menanti dan hanya membiarkan orang lain melakukan perubahan yang kita sendiri mahukan adalah sesuatu yang amat keji; kita sanggup membiarkan orang lain bersusah payah sedang kita hanya berharap dalam keadaan senang-lenang.

Mengetahui bahawa sistem yang ada itu perlu diubah sahaja tidak cukup, mula bergerak untuk berubah itu lebih penting. Dan mencari laluan untuk bergerak itu, barangkali lebih memeningkan.

Betul?

Nabihah Sallih said...

Ahaks... "Waiting On the world to change", by John Mayer.

~`We just feel like we don't have the means, To rise above and beat it'

>> If that is what youths nowadays think...if that is the view and opinion of teens of tommorow...I would say: Pity 'em!
They just dont have the guts to protest against the injustice system, dont have any courage to voice out their thoughts, & cant see any oppurtunity that comes with all the problems.

Bak kata Cik Aini Naemah Idris, 'nazak pun boleh bangkit'.

Kalau nak suruh pokok bergoyang pown, kena goncang (tak pun biar angin gerakkan).

John Mayer goes on:
`we just know the fight ain't fair, so we keep on waiting'...'waiting on the world to change.One day our generation is gonna rule the population'

Haha.Mimpi je la kalau macam tu!

Tentang Indonesia tu: You might want to watch a movie entitled "Gie". A historic movie about a guy by the name of Gie, who fought against the Indonesian government that ruled Indonesia at that time. It depicts how awareness is instilled inside teens, how 'dirty' politic is, dan bagaimana 'pena' yang tajam mengubah dan membuka minda rakyat jelata Indonesia.

Allah knows best

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB