Sunday, May 6, 2007

Belia Cergas Auckland (BECA)

Pada tanggal 4may yang lalu, atas kesedaran beberapa orang pemuda yang mahu menyatukan tenaga belia mahasiswa Malaysia yang terdapat di bumi Auckland ini, maka terbentuklah BECA atau Belia Cergas Auckland. Namun entry saya pada kali ini bukanlah berkisar kepada sejarah penubuhan BECA, mahupun bagaimana ia berfungsi. Fokus saya pada kali ini ialah pada belia itu sendiri.


Sepertimana yang hadirin pembaca semua maklum, belia merupakan golongan emas, bukan kerana sudah lanjut usia tetapi kerana nilai mereka yang amat tinggi buat satu-satu masyarakat. Belia merujuk kepada mereka yang masih muda. Ada yang mendifinisikan belia sebagai mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun. Apa pun jua definisi belia, yang saya fahami ialah, belia merupakan suatu golongan masyarakat yang mampu melakukan sesuatu yangBESAR. Ini dapat dicapai HANYA… hanya sekiranya golongan belia tadi mempunyai kualiti-kualiti hidup serta pemikiran yang luar biasa.


Bangsa Islam-Melayu telah mula dijajah sedari kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka. Apakah dengan menyambut kemerdekaan setiap 31 ogos, menunjukkan kita sudah merdeka?? Kalau dahulu fizikal kita dijajah, kini fikiran kita pula menjadi mangsa.


Orang Melayu selalu kata,"Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara." Cuba kita sama-sama renungkan kembali, maksud sebenar kalimah penuh erti ini.. Izinkan saya mengeluarkan satu persoalan. Sejauh mana pemuda dan pemudi Islam-Melayu ini mampu menyahut cabaran di atas? Realitinya, pemuda kita semakin larut dibuai arus kemodenan dan tiada masa walau untuk mengambil tahu tentang agama, bangsa dan negara. Inikan pula hendak dijadikan harapan!! Pemudi pula sudah terlalu dibaratkan sehingga rasanya lebih elok mereka berdiri sebagai tiang negara barat!! Belia yang semakin larut ini bagaikan mencari kebinasaan diri sendiri yang seterusnya membawa kepada kebinasaan masyarakat dan negara.Tidak sedarkah para belia skalian bahawasanya anda adalah pembawa panji, serta pejuang di barisan hadapan dalam pertempuran mengembalikan maruah kita yang sudah dicemarkan sejak sekian lama.


Teringat saya pada kata-kata seorang penyair berbangsa arab yang mahsyur bernama Iqbal,

"Setiap masalah itu, berpunca daripada lemahnya cita-cita kamu"


Masalah belia umat islam secara keseluruhan, dalam negara Malaysia khususnya bukan sekadar pada mereka yang sudah jelas menjadi sampah masyarakat. Saya bimbang belia yang mempunyai lulusan universiti turut menyumbang kepada lebih besarnya masalah ini. Mengapa saya katakan sedemikian rupa..?? Kerana kebanyakan mereka hanya tahu memenuhi perut-perut sendiri sahaja. Tidak sedarkah kita bahawasanya, anak-anak kecil sahaja yang selayaknya meletakkan cita-cita mereka dengan memenuhi kehendak sendiri. Belia perlu membawa cita-cita yang jauh lebih besar dari mengingini rumah besar, kereta besar dan apa sahaja yang besar yang mampu anda sendiri fikirkan. Ke mana sangatlah hendak kita usung segala yang diperolehi itu. Cita-cita kita perlu diletakkan pada sesuatu yang kejayaannya berterusan walaupun setelah ketiadaan jasad yang membalut roh ini di dunia.


Apakah kejayaan berterusan yang saya maksudkan sebentar tadi? Kejayaan itu hanyalah bila kita berjaya kembali menggemilangkan umat islam yang berbangsa melayu ini. Sedarlah wahai pembaca yang rata-ratanya sahabat saya, kita sudah jauh ketinggalan.


Saya tidak sanggup melihat anak bangsa malas lagi.


Saya tidak sanggup melihat anak bangsa gagal lagi.


Saya tidak sanggup melihat anak bangsa dijajah lagi.


Namun, bukanlah suatu tugas mudah untuk mengubah masyarakat ini. Tetapi, kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu mengubahnya??


Firman Allah

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka yang mengubah nasib mereka sendiri".


Believe me, it has to start somewhere...

Renungkanlah sebuah puisi karangan sean covey yang telah saya ubah suaikan ke dalam bahasa kebangsaan kita:

Pernah pada suatu ketika,

Aku bercita-cita mengubah dunia ini,

Namun, itu terlalu sukar untuk aku capaikan..


Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah negara ini,

Namun setelah masa berlalu,

Aku rasakan itu terlalu berat bagiku..


Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah masyarakat ini,

Namun kemampuanku semakin terbatas,

Aku rasakan tidak mampu untuk melakukannya..


Lalu, aku berhajat pula ingin mengubah ahli keluarga ku,

Namun, sudah tiada siapa yang mahu mendengar kata-kataku lagi,

Aku semakin lemah dan tidak berdaya melakukannya..


Akhirnya, tatkala setiap sendi sudah makin lemah,

Dan jasad ini kian tidak bermaya,

Mata ini hampir sahaja aku lelapkan buat selama-lamanya,

Barulah aku sedar bahawasanya aku perlu mengubah diriku sendiri.

Dengan mengubah diri sendiri,

Aku dapat menjadi suri teladan kepada ahli keluargaku,

Seterusnya ahli keluargaku dapat menyumbang dan mengubah masyarakat sekeliling,

Lalu, masyarakat tadi membentuk negara yang sering aku idamkan,

Kemudiannya, negara ini akan menjadi pengaruh kepada negara-negara lain,

Dan akhirnya membentuk sebuah dunia sepertimana yang aku idam-idamkan.


Sahabat sekalian, semuanya bermula dari diri anda sendiri. Bangunlah dari tidur yang panjang.

11 comments:

Nabihah Sallih said...

Saya rasa artikel ni berat sebelah la juga. but anyhow, the issues that are brought out here are the reality (i must say, the 'purata' of what is really happening in the muslim-malay world).

Nie bukan kritik to ur article, tapi sekadar tambahan je ye.

1) Aside from those ppl yg bergelar muslim hanya pada luaran, masih ada (dan semakin bertambah) yang berusaha untuk meninggikan panji2 Islam. Dan mereka2 ni tidaklah termasuk dalam golongan
"pemuda kita semakin larut dibuai arus kemodenan dan tiada masa walau untuk mengambil tahu tentang agama, bangsa dan negara. Inikan pula hendak dijadikan harapan!! Pemudi pula sudah terlalu dibaratkan sehingga rasanya lebih elok mereka berdiri sebagai tiang negara barat!".

2. Islam bukan hanya berpaksikan sesuatu kaum (in particular Malays je). Tapi, Islam sangatlah luas dan merangkumi semua insan yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Tapi, baguslah..ada artikel ini untuk membuka minda orang2 melayu yang sudah layu dek fatamorgana dunia ini.

3. "Barulah aku sedar bahawasanya aku perlu mengubah diriku sendiri." Erm...sangat sesuai dijadikan renungan. Perubahan sesuatu yang sangat besar, bermula dengan sekecil-kecil perkara!

Allah knows best

Siti Sarah said...

assalamualaikum wbt

bolehkah kongsi sedikit bagaimana 'BECA' berfungsi bagi merealisasikan apa yg diperkatakan dlm posting ini?

berminat juga nk tau, mungkin boleh diaplikasikan di tpt sendiri...

jzkk

azmir.nadzar said...

BECA is actually suatu perkumpulan tak rasmi yang kami buat untuk memudahkan perjalanan setiap aktiviti yang kami adakan kat auckland ni. fyi, kami selalu jugak buat trip dalam kumpulan yang besar, aktiviti2 riadah, camping dan lain2. antara lain, kami juga organise program2 kerohanian cam baca quran dan seminar kesedaran.

kalau dulu, student malaysia kat auckland ni,sikit je..tapi skarang ni, jumlah nye dah mencecah hmpir 300 orang, atau mungkin lebih. BECA ditubuhkan untuk memudahkan pengurusan aktiviti je, dan cuba melibatkan lebih ramai pelajar malaysia. semoga ini membantu.

NuRaNi HaZa said...

assalamualaiukm wbt...
artikel yang bernas.alhamdulillah, ada juga kalian yang berinitiatif mewujudkan kelab sebegini.

BECA tak mahu menyebarkan sayap ke tempat lain?saya rasa usaha sebegini elok kalau dikembangkan institusinya.

serasa saya,Auckland tak jauh beza dengan Wellington.Melayunya ramai, tapi kami masih lagi mamai.

satu sahaja concern saya, khuatir kalau penubuhan kelab seperti BECA ni disalahtafsirkan oleh Malaysians yang lain.

sekadar pendapat =]

azmir.nadzar said...

Waalaikumussalam
Beca hanya sekadar suatu platform tak rasmi yang terpaksa kami gunakan.atas sebab ramai student dan mahukan aktiviti2 kami berjalan dgn lebih lancar. perhatian, ia hanya digunakan untuk organise aktiviti2 tak rasmi sahaja. untuk aktiviti2 rasmi, kami akan merujuk kembali kepada kelab2 yang berdaftar.

sedia membantu sekadar termampu..
wassalam

afifi said...

1)benar bagai di kata saudari di atas bhw ada belia yg berusaha demi islam.kita pun blh tgk sendiri bagaimana beberapa undang2 br telah dikuatkuasakan yang diperjuangkan oleh para belia demi menjaga kepentingan islam dam umatnya di malaysia.tp disbbkan masalah keruntuhan belia lbh byk di highlightkan,maka yg negatif tu lbh prominent.(pendedahan keruntuhan belia tu penting jg supaya kita lebih peka dgn apa yg berlaku dan langkah yg sesuai boleh diambil)

2)benar islam itu agama untuk semua manusia tp disbbkan majoriti umat islam di malaysia adalah melayu,rsnya tidak slh kalo kita titik beratkan keagungan islam di malaysia dgn pencapaian belia melayu.lgpun org ramai skarang lbh suka memandang keindahan islam pd umatnya,bkn pd ajaran islam itu sendiri.

3)benar jg sebagaimana yg ada didlm entri ni.kebanyakan kita sekarang lbh mementingkan kejayaan sendiri,bkn kejayaan sbg sebuah umat atau kumpulan.kt lbh selesa utk berjaya sorang2.mgkn kita tidak sellfish tp kita jarang utk menggalakkan org lain utk juga berjaya bersama-sama kita.(peringatan utk diri sendiri jg)

4)keruntuhan yg berlaku dikalangan belia bkn berpunca dr belia itu sendiri shj.asuhan ibubapa,pengaruh rakan dan persekitaran juga faktor2 pntg yg mempengaruhi belia.kalo dah dr kecil di biarkan hanyut dgn keseronokan,maka mmg sshlah utk belia itu sedar ttg tggjwbnya sbg belia islam.faktor pemakanan jg mempengaruhi sifat seseorang.makanan dr sumber haram mustahil membuahkan hasil yg mulia.(maka sesiapa yg masih blm menjelaskan bayaran PTPTN,silalah bayar secepat mgkn kerana wang tersebut menjadi haram sekiranya tidak dibayar kembali)

5)btul tu.ape2 pun kita kne bermula dr diri sendiri.perjalanan yg jauh bermula dgn langkah yg pertama.(tp jgn lupa baca doa sekali)

teringat kata2 ntah dr saper aku pun xigt.tp die ckp:"jika hendak melihat masa depan sesebuah negara,lihatlah pemuda (juga pemudi) sekarang".lbh kurang mcm tu la.

adam said...

excellent ideas..

zurina said...

nicely put~
well done, i must say~

Nabihah Sallih said...
This comment has been removed by the author.
Nabihah Sallih said...

Salam Alayka

>>> Erm..good points have been brought out by Mr Afifi and Mr Azmir.

As stated at the very beginning of my comment: 'sekadar tambahan je ye'. So, don't misunderstood me.

'Tambahan' as in to show how universal Islam is and there are possibilities of people who don't have a good understanding of Islam, if they read this article, they might misinterpret what Islam is i.e Islam-Malay-Bad.

And somehow, I did 'sokong' this article>> 'baguslah..ada artiel ini untuk membuka minda orang2 melayu..'

Allah knows best.

MamaT said...

Mm.. bagus la idea nih..
Aku duk terfikir gak, kalu la ada lagi pelajar2 kita dkat tempat lain buat camni.. Pas tu kita gabung.. cantek kan ?

Belia Cergas Welly
Belia Cergas Palmerston
Belia Cergas Dunedin
Belia Cergas apa-apa laa..

Canner kengkawan??...

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB