Saturday, May 5, 2007

Identiti

Mencari identiti diri sendiri merupakan suatu tugas yg amat sukar. Percaya atau tidak, hidup kita seharian banyak dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Kita amat takut bila menjadi seorang yang ganjil berbanding manusia lain disekeliling kita. Bukankah telah dijadikan setiap manusia itu unik. lihatlah pada cap jari masing-masing. Biarpun adik-beradik kembar mempunyai cap jari yang berbeza. oleh itu,kita berhak memupuk identiti masing-masing.

Seperti yang telah saya jelaskan di awal tadi, benar hidup kita dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal, mengapa tidak kita berfikir dan berusaha sediikiiittt sahaja untuk mencari identiti yang lebih baik. Bukan sekadar melihat orang lain. Lebih menyedihkan bila orang yang kita lihat dan sanjungi ialah mereka yang tidak kita ketahui sumbangannya, melainkan menjadikan orang lain leka dengan pelbagai hiburan yg disampaikan.

Menjadi seorang pelajar merangkap duta kecil Islam, Malaysia dan bangsa Melayu di New Zealand ini bukanlah tugas mudah sahabat sekalian. Janganlah sesekali kita mendabik dada dengan kelebihan yang kita ada ini. Semuanya hanyalah pinjaman dr Pencipta yang Maha Pemurah. Bukanlah hanya ijazah yang perlu kita kejarkan, bahkan gunakanlah peluang berada di tempat asing ini untuk mencari kualiti hidup. Mencari identiti seorang muslim dan melayu yang sebenar.

Sahabat sekalian, marilah sama-sama mencari suatu erti yang lebih baik untuk kehidupan ini. Renungilah petikan sajak karya Usman Awang:

Usman Awang

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Perbaikilah identiti anda sebagai seorang Islam dan melayu. "Jadilah bangsa yang bijaksana"

2 comments:

afifi said...

btul tu.mmg ssh utk cari identiti yg sebenar.tu sbb wujud perkataan "kecelaruan identiti".nukilan usman awang tu mmg sgt tepat utk org melayu.terasa terkena diri sendiri.semoga kita menjadi generasi melayu baru yg maju,maju akalnya dan juga sahsiah diri.

bro kalam said...

Hm, identiti melayu x boleh lekang dengan identiti Islam. Apalah ade denagn melayu ni kalau xde Islam. Sape la kite ni?

Ive been thinking....maori2 ni kalau jadi Islam, mungkin kehebatannye lebih menyerlah berbanding kehebatan melayu zaman kegemilangan Melaka. Dek kerana xde 'kekuatan roh Islam', depa tergadai...sama mcm ebo di aussie, atau coloured di aouth africa.

Gahnye melayu adalah kesinambungan semangat cintakan agama Islam. dari situ roh da jiwe melayu menjadi kuat dan bangsa menjadi utuh. Apalah sangat nak dibanggakan denagan bangsa melayu? kita patut bangga dengan Islam kerana di situlah punca kekuatan orang melayu...

Kesimpuulannye.. identiti kita ialah MELAYU-ISLAM...Tanpanya kita sama seperti melayu-filipino(kristian), melayu-buddha(cambodia,thai,vietnam) dan melayu-jawa-hindu(tanah jawa time zaman dolu2).

Aduhai sayangnye, bangsa melayu sayangkan bangsanye...Tapi....teringat kisah 'Anakku Sazali'....."kerana bapaklah saya jadi begini!" ...sayangkan bangsa, dimanjakan dengan kemewahan, hingga hilag segalanya.

Anyway, keep the good work. looking forward for more interesting issue n topic from u...end.

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB