Sunday, February 21, 2010

Merancang

Tanpa perancangan, usahlah kita impikan kejayaan.

Kegagalan anda merancang merupakan langkah pertama ke arah memastikan kegagalan anda.

Namun saya pasti persoalan yang lebih besar adalah apakah yang perlu kita rancangkan?

Untuk merancang kerja-kerja berbentuk reaktif atau memakan jangka masa pendek bukanlah satu masalah. Sebagai contoh, bila kita mahu pulang ke kampung halaman dan jaraknya pula jauh, sudah pasti kita akan merancang supaya akhirnya kita akan berjaya sampai ke destinasi. Kita rancang jalan mana yang perlu diikuti, pukul berapa harus mula bertolak dan sebagainya. Paling kurang, kita akan merancang untuk mencari stesen minyak bila lampu kuning berlambang stesen petrol di dashboard kereta menyala keriangan..

Kebolehan merancang yang menjamin kebahagiaan masa depan adalah kebolehan merancang untuk jangka masa panjang. Di sinilah ramai antara kita gagal lakukan termasuk saya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Richard Carswell, seorang pakar motivasi, hanya 3% daripada manusia di seluruh dunia ini yang mempunyai perancangan hidup yang teratur.

Secara logiknya, kita sebenarnya perlu mengenalpasti di manakah destinasi hidup sebelum boleh merancang apa-apa untuk mengakhiri hidup. Persoalan ini sering berjaya membuat saya buntu. Caissss!!

Bagi sahabat seagama, kita mungkin mengambil jalan mudah mengatakan destinasi hidup adalah syurga.

SALAH!! Itu destinasi SELEPAS hidup..

Sila fahamkan soalan, di manakah destinasi hidup? Maksudnya, bagaimana anda mahu hidup anda berakhir?

Mahu berakhir sebagai seorang tua yang mendapat pencen kerajaan?
Mahu berakhir sebagai seorang pesara PETRONAS yang ditanggung wang kwsp (kalau masih berbaki)?
Mahu berakhir sebagai seorang datuk yang sibuk melayan cucu-cucunya?

Kelmarin saya bermimpi, rasanya saya mahu hidup ini berakhir sebagai seorang selebriti. Saya terasa seperti mahu mempunyai stesen penyiaran sendiri. Ada sesiapa lagi yang berminat?

Hehehehe


1 comments:

bali said...

saya!!!

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB