Sunday, June 1, 2008

Matlamat Study yang luar biasa.

Assalamualaikum

Antara Ijazah dan Kehidupan

Wakil MSD, Pn. Rose datang melawat pelajar-pelajar Malaysia di Auckland semalam. Banyak yang dapat saya garap tetapi tidak banyak yang boleh saya kongsikan di sini. Namun, satu perkara yang paling menarik perhatian saya ialah bila Pn.rose berkata, "Study tu bukan segala-galanya!"

Saya Setuju

Saya benar-benar setuju dengan kata-kata Pn.Rose itu. Ia sejajar dengan persoalan yang saya tinggalkan pada anda dalam entry yang lepas. Study bukan segala-galanya. Tetapi, tanpa study saya dan anda tiada kedudukan di sisi masyarakat. Namun bukan tingginya kedudukan yang harus kita kejarkan. Study sekadar jalan atau landasan yang membantu kita menuju destinasi abadi. Study dengan matlamat untuk hidup dan mati dengan baik. Bukan study untuk miliki banglo 3 tingkat tanpa memberikan apa-apa sumbangan pada masyarakat. Dalam tafsir fi zilal surah al-Muzammil, Syed Qutb mengherdik hamba Allah yang hidupnya hanya untuk diri sendiri. Orang seperti itu, hidupnya kerdil matinya juga kerdil, kata Syed Qutb.

Matlamat Study yang Ideal

Apakat matlamat study yang ideal? Study kerana akhirat? Dunia ini sekadar tempat persinggahan. Saya pasti anda tahu akan hakikat ini. Cuma, kebanyakan kita selesa membiarkan diri ditipu nilai dunia yang tidak seberapa.

Kembali kepada persoalan yang saya utarakan dalam entry lepas, apakah matlamat akhir study kita sebenarnya?

Persoalan itu merupakan sesuatu yang sangat subjektif untuk diperjelaskan. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang perkara ini. Bagi saya, sekiranya kita meletakkan matlamat study kita untuk membina diri yang lebih baik pada sudut mental agar akhirnya kita dapat membantu agama Allah, itu sudah cukup baik.

Mari sama-sama cuba memahami analogi yang saya bawakan di bawah ini.

Bayangkan anda baru lepas membeli sebiji buah durian. Apakah yang akan anda lakukan dengan buah durian itu?

  1. Makan isinya, dan buang kulit serta bijinya
  2. Buang isi, biji dan kulitnya
  3. Makan isinya, dan simpan bijinya untuk ditanam

Kebanyakan kita akan memilih jawapan pertama kerana malas nak tanam-tanam nie. Inilah yang dibayangkan dengan pelajar yang studynya untuk dunia sahaja. Sekadar mahu kenyang. Matlamat jangka masa sangat pendek.

Manakala, tidak salah kiranya saya katakan ramai juga manusia yang akan memilih jawapan kedua. Dalam erti kata lain, jika kita cenderung membuang matlamat study untuk kejayaan dunia, maka kita juga cenderung untuk tidak study langsung.

Sebahagian kecil di kalangan manusia pula cenderung untuk memilih jawapan ketiga. Mereka meletakkan objektif study untuk mendapatkan manfaatnya di dunia dan akhirat. Makan isinya membuatkan anda kenyang dan bertenaga. Tanam bijinya membolehkan anda mendapat nikmat pokok durian yang akan sentiasa berbuah sesuai dengan musimnya setiap tahun.

Tetapi, bukan mudah untuk menanam biji durian yang menghasilkan pokok. Ini kerana anda perlu mengetahui selok-belok pertanian. Anda juga perlu melaburkan sedikit masa dan tenaga untuk menanam dan menyelenggara biji yang ditanam itu.

Anda tahu, tanam biji boleh menghasilkan pokok. Tetapi anda tidak nampak hasil kepada usaha itu dalam masa yang singkat. Begitulah juga kehidupan akhirat. Anda dan saya tahu kita akan meninggalkan dunia, namun hanya sebilangan kecil di kalangan kita menaruh harapan dan usaha untuk menanam biji "study kerana Allah" yang akhirnya menghasilkan pohon syurga.

syurga

Wallahua'lam. Ini sekadar pendapat peribadi saya. Sebarang kritikan membina amat dialukan. Sekiranya anda mahu menyuarakan pendapat secara peribadi, sila emelkan kepada azmirnadzar@gmail.com.

p/s: selamat berjaya diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah, sedang dan akan menduduki peperiksaan

2 comments:

Dr Kadir said...

salam,

Ya, moga jelas matlamat study kita dan sentiasa mendapat panduan dariNya,

cuma bab tanam pokok durian, saya tak pasti berapa lama jangka masa untuk pokok durian yang ditanam mengeluarkan hasilnya,apa yang saya tahu sebelum ni biasanya jika kita tanam hari ni, hanya generasi selepas kita sahaja yang dapat merasai hasilnya, wallahu a'lam :)

Salam ziarah...

azmir.nadzar said...

wsalam wbt..

Terima kasih atas pandangan.
Benar, pohon durian memakan masa lebih sepuluh tahun untuk berbuah. lebih jelas kalau kita nak bayangkan dengan matlamat utk akhirat tu.
wallahua'lam

salam ziarah dari auckland

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB