Friday, June 6, 2008

Hang Tuah Hilang Taming Sari

School of Engineering

Tidak lama lagi, peperiksaan akan bermula bagi universiti di sekitar Auckland. Berusahalah! Kerna itulah kunci pembuka pintu kejayaan. Jangan malas kerana itulah pemusnah kepada segala cita-cita. Sedang kami di sini melalui hari-hari sibuk melakukan persediaan untuk peperiksaan, saya temui satu berita yang telah menghangatkan suasana di Malaysia. Menyebabkan saya rasa terpanggil berkata sesuatu mengenainya.

__________________________________________________________________________________________________________

Malay students affected

PETALING JAYA: Increasing the quota for non-bumiputras for Public Service Department (PSD) scholarships without increasing the actual number of scholarships has drastically affected the bumiputras, the Umno Youth Education Bureau said.

__________________________________________________________________________________________________________

Kita Hilang Hak?

Itulah yang saya dengar daripada ibu saya semasa menelefonnya tempoh hari. Ini membuatkan saya duduk sebentar dan berfikir sejenak. Benarkah dengan berubahnya kuota biasiswa ini, kita bangsa Melayu akan ditindas bangsa lain suatu ketika nanti? Jika ini berpotensi untuk berlaku, apakah tindakan kita?

Takkan Melayu Hilang Di Dunia!

Saya tidak pasti bila, tetapi Hang Tuah pernah berkata demikian. Bangsa Melayu hanya akan kekal ulung jika mampu menunjukkan daya saing yang tinggi. Sekarang, Melayu tidak ulung! Melayu semakin layu. Ditelan masa, zaman, sifat malas, suka mengharap pada orang lain, tiada rasa tanggung jawab, suka komplen dan sebagainya.

Berkurangnya kuota orang Melayu dalam mendapat biasiswa memang suatu langkah yang memberikan kesan negatif pada kita. Namun, tidak bolehkah kita mengambil langkah proaktif terhadap perkara ini? Mungkin ada antara anda yang mula berasa jengkel dengan saya sekarang.

"Ko bolehla, dah dapat biasiswa! Orang lain yang belum dapat ni macam mana!"

Saya tidak nafikan, memang saya berasa bimbang dengan keadaan ini. Dan apa yang cuba saya sampaikan sekarang ialah supaya kita berfikir lebih jauh ke hadapan. Bukan angan-angan, tapi merancang untuk masa depan. Apakah bila berkurangnya kuota ini bermakna kita orang melayu tidak mendapat hak untuk belajar lebih tinggi lagi? Kita seolah-olah telah kalah jika benar-benar percaya yang demikian. Bagaikan Hang Tuah yang hilang Taming Sarinya.

Taming Sari hanyalah sebilah keris. Tiada kehebatan padanya jika si pengguna merupakan seorang yang buta silat. Begitu juga kesnya dengan biasiswa. Kalau jumlah biasiswa semakin banyak, tetapi mahasiswa melayu tidak tahu menggunakan ia sewajarnya, apa faedahnya?

KERIS PUSAKA BANGSA-pcbajet.blogspot.com

Sudah lama saya perhatikan. Jika seorang pelajar Melayu baru mendapat biasiswa, macam-macamlah yang akan dibelinya. Telefon bimbit ditukar seperti bersalin pakaian. Motosikal baru pun dibelinya. Mungkin ada faedahnya untuk membantu pembinaan diri..hm, saya tidak tahu.

Mari Ambil Langkah Seterusnya

Berhentilah menyalahkan kerajaan atau sesiapa sahaja di luar sana. Tenung dalam-dalam diri anda dan mulakanlah perubahan dari situ. Lebih baik Si Tuah menajamkan langkah silatnya daripada terus bermurung dengan kehilangan Taming Sarinya. Berusaha mendesak kerajaan untuk melakukan sesuatu bukanlah langkah yang diambil seorang rakyat berjiwa proaktif.

Bersedialah Sedari Sekarang

Itulah yang boleh saya katakan. Persiapkan diri kita untuk menjadi seorang yang lebih kompetetif. Malasnya orang Melayu tiada kaitan dengan DNA. Mundurnya orang Melayu tiada kaitannya dengan warna kulit. Kita bukan berada di zaman penjajahan lagi. Kita tidak lagi ditindas seperti datuk dan nenek kita dahulu. Tetapi kita seolah-olah lebih teruk ditindas. Kali ini dijajah sifat selesa. Keselesaan yang mengundang kecelakaan.

Jadilah kita semua bagaikan Rajawali. Mari terbang tinggi mencapai awan. Katakan yang kita mahu berubah dan kita mahu berjaya kerna hasil usaha kita. Andai benar kita berusaha, ia tidak akan disia-siakan Allah. Berjaya setelah keras berusaha memberikan kemanisan yang hanya anda sahaja dapat rasai.

Tiada makhluk di atas muka bumi ini yang berjaya kerana nasib. Takdir yang berlaku adalah hasil daripada tindakan kita. Jika benar kuota orang Melayu dikurangkan dalam peluang ditaja JPA atau mana-mana agensi kerajaan lain untuk melanjutkan pelajaran, kita boleh melakukan yang berikut:

  1. Memberi penekanan kepada pendidikan. Kurangkanlah melakukan perkara tidak berfaedah.
  2. Kurangkan berbelanja untuk hiburan. Menabunglah untuk masa depan pendidikan sendiri atau mungkin anak-anak (kepada pembaca yang sudah ada anak-anak). Duit bonus boleh belanja untuk pergi kursus pembinaan intelektual. Bukan untuk ganti TV Plasma di rumah!
  3. Mengubah gaya pemikiran kepada penyelesai masalah, bukan penambah masalah. Jangan hanya komplen. Fikirkan penyelesaian yang kita sendiri boleh ambil tindakan. Jangan tunggu kerajaan. Jangan tunggu jiran. Jangan tunggu Pensyarah. Jangan tunggu kawan. Sendiri selesaikan selagi boleh.

Wallahua'lam. Ini sekadar pandangan saya. Ia mungkin kurang realistik, tetapi ambillah yang mana yang boleh diambil. Sesungguhnya, saya masih mentah dan masih banyak yang perlu saya belajar. Namun percayalah, cita-cita saya untuk melihat umat ini bangkit tidak akan pudar.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati ini untuk terus teguh berjuang demi Engkau dan Agamamu.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Azmir, saya setuju bangat dgn isi hati tersebut. Masyarakat kite (Melayu khususnya) perlu belajar berdikari. Perlu pandai mencari rezeki sendiri. Tak perlu bergantung sepenuhnya pada kerajaan. Tgk sahajalah saudara-mara kite di negara2 jiran betapa susahnye mereka merantau jauh ke negeri orang utk mencari sesuap nasi bg keluarga mereka. Kite perlu peka dan celik mata terhadap suasana ini. Berjuanglah demi Allah utk menolong umat Islam.

N. Azmir said...

Wsalam wbt.

Terima kasih kerana bersetuju. memang sukar bila kita nak mengubah sikap sesuatu bangsa kerana nak mengubah sikap diri sendiri pun dah memerlukan suatu bentuk jihad (jihad melawan hawa nafsu).

keduanya, saya berharap saudara/i yang telah memberi pandangan untuk memperkenalkan diri. Setidak-tidaknya kepada saya secara personal supaya kita dapat berbincang dengan lebih lanjut.
emel saya di azmirnadzar@gmail.com

wassalam

Anonymous said...

Salam,

Setuju dgn penulisan ko, keep it up, balik tanah malaya sound aku nanti, aku dapat biasiswa terus invest majority dalam unit trust dan small portion utk trading klse! dah stat blaja sket2. org melayu kene amik peluang di mana2 jua, dalam apa jua keadaan, dgn mengharungi segala kesusahan, tanpa meninggalkan agama dan keluarga untuk mencapai kejayaan! itu baru la individu yg 'kaw kaw'! kalau majority melayu macam tu, kita akan ade golden generation ahead of us.

N. Azmir said...

wsalam wbt.

alhamdulillah kalau anak muda generasi kita sekarang dah semakin faham peranan depa utk masa depan. Kalau time muda2 ni dah xde pendirian hidup, mmg sampai bila2 org melayu ni hidup segan, mati xmau. Macam melukut kat tepi2 gantang je.

ok jabbar, hoping to see you soon. akhir taun aku balik insyaAllah.. Sama-sama kita gegar satu Malaysia..hehe

wassalam

Anonymous said...

Salam Azmir,

First time komen kat blog ko :D

Ada sorang junior aku kat sini kan, masa dia baru je sampai di bumi Adelaide ni, dia terus beli gitar. Bukan satu lak tu, tp satu set. Mmmg minat betul dia main gitar nih. Terer lak tuh...

Satu hari tu, aku borak2 nagn dia. Bukak la cerita dia beli gitar baru. Aku pun cakap la,

"bese la time baru sampai ni, duit tengah banyak. Petronas bg $3000 kalau tak silap kan. Boleh la nak beli gitar satu set".

And then dia balas,

"Eh apelak... tu guna duit sendiri tu... bukan duit scholar. Mana boleh, duit rakyat tu...".

Terkejut aku ngan jawapan dia. Mantap budak nih.

Owh, aku terlupa bgtau, dia BUKAN Melayu ;)

Anonymous said...

Salam Azmir..

kupasan yang bagus. ulasan yang menarik. recently, saya juga ade berdebat dgn seorang rakan tentang perkara ini.

benda sudah terjadi, kita sebagai melayu harus mengambil perkara ini sebagai satu pemangkin untuk meningkatkan dan memperbaiki sikap orang melayu itu sendiri.

tapi pada masa yang sama, melayu tidak patut mendiamkan diri dan membiarkan perkara sebegini terus berulang. kerana walau apa pun, hak kita sebagai orang melayu tetap harus dipertahankan. sekiranya hak kita terus jatuh ke bangsa lain, kita sendiri yang akan terima padahnya pada masa depan.

kerana kalau kita imbas asal usul bagaimana tanah palestine jatuh ke tangan Israel, bukankah pada awalnya, org Islam sendiri yang membenarkan mereka masuk ke palestine dan sejak dari itu orang Israel telah menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan pada merka dan akhirnya orang Islam di Palastein sendiri ditindas. sudah tentu kita tidak ingin perkara yang sama berlaku pada bangsa kita.

jadi disamping kita menjaga dan mempertahankan hak-hak orang melayu, kita juga haru menyedarkan org melayu agar bersyukur dgn kelebihan2 yang kita ada sekarang dan memanfaatkannya sebaik2nya.

semoga bangsa Melayu khususnya orang Islam terus berusaha ke arah kebaikan, insyaAllah

N. Azmir said...

wsalam wbt..

oh arep, rindu kat hang. teringat balik zaman kita bersilat skali dlu2.hehe

well, kawan ko tu chinese ke? sungguh aku kagum dengan jawapan itu. Kalau orang bukan melayu pandai jaga amanah duit rakyat, kenapa kita orang melayu tanpa segan silu membazirkan duit tu utk bnde2 xberfaedah?!lepas tu kite klem malaysia ialah tanah air kita dan kita lebih berhak dalam segala hal. Harus kita renung2 balik..

btw, selamat berperiksa kepada semua yang akan periksa..

wallahua'lam

N. Azmir said...

wsalam wbt en/cik/pn anonymous..

terima kasih atas lontaran pendapat. memang benar, hak kita perlu dijaga. namun, sikap orang melayu sekarang sebenarnya yang menyumbang ke arah hilangnya hak mereka satu demi satu.

Palestine mungkin satu contoh ekstreme, tetapi itu adalah kayu ukur paling tepat utk menggambarkan hal ini. Seandainya setiap rakyat pandai menjaga hak dan berganding bahu menentang penindasan, saya pasti kemenangan pasti akan berpihak pada mereka.

Begitu jugalah halnya pada orang melayu. kekalahan yang tidak jelas membuatkan orang melayu terus leka dan sentiasa rasa merekalah juara di tanah air sendiri. padahal, kita sebenarnya sedang tewas sikit demi sikit setiap hari. seandainya tak ramai yang sedar akan hakikat ini, tidak mustahil kita juga akan menerima nasib yang sama seperti bangsa lain yang terpinggir di bumi sendiri. contohnya, orang mauri di Nz dan aborigin di australia.

saudara/i, perkenalkanlah diri anda agar kita dapat mengadakan diskusi yang mendalam dengan lebih berkesan.itupun jika tidak rasa keberatan.

Semoga Allah mengurniakan petunjukNya buat kita yang sering terleka..

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB