Saturday, May 3, 2008

5 sifat

Asslamualaikum



Semalam merupakan suatu hari penuh ujian buat saya. Entah mengapa sedari pagi semalam saya benar-benar merasakan diri sedang diperhatikan dan dinilai oleh Allah sehinggalah ke pagi hari ini. Kegagalan demi kegagalan saya dapat rasakan. Terus mencampakkan rasa gerun dan bimbang. Semoga Allah mengurniakan peluang pada saya hari ini untuk membetulkan segala kesilapan semalam.

Bila sahaja saya melakukan kesilapan, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran ialah, " aku memang la tak biasa buat benda ni sebab aku melayu, diorg tu mat salleh..," Pada saya itu merupakan antara kesilapan terbesar saya selaku seorang yang menganjurkan ke arah mencari perbaikan dalam hidup manusia sejagat. Perkara ini timbul hanyalah kerana beberapa insiden kecil semalam. Saya akan ceritakan di sini secara ringkas..

Cerita Semalam

Insiden 1
Semalam saya menyertai suatu field trip untuk salah satu projek di universiti. Semasa mendengar penerangan yang diberikan, pihak syarikat turut mengagihkan beberapa sampel bahan untuk peserta-peserta lihat. Saya merupakan orang terakhir memegang sampel itu lalu meletakkannya di atas salah sebuah kerusi kosong. Bila tamat, saya bertindak pergi dan membiarkan sahaja sampel itu di atas kerusi tadi. Alangkah malu rasanya apabila salah seorang mat salleh sekelas dengan saya yang mengambil sampel yang terbiar itu untuk dikembalikan kepada pihak syarikat yang memberikan penerangan tadi.

Insiden 2
Dalam sesi berikutnya, berdekatan saya terdapat beg kepunyaan seorang lagi rakan sekelas berbangsa cina. Kebetulan dia perlu menjawab panggilan telefon semasa penerangan sedang diberikan. Setelah pulang, dia duduk sedikit berjauhan dan sayalah orang yang paling hampir dengan begnya itu. Setelah selesai penerangan, sekali lagi saya berasa malu kerana dia memberi isyarat seolah-olah meminta bantuan saya mengambilkan begnya itu namun fikiran saya sedikit terganggu dan mengendahkan sahaja lagak isyaratnya.


Kesilapan Saya

Walaupun kedua-dua insiden itu hanyalah perkara kecil pada pandangan kebanyakan manusia lain, tetapi tidak pada saya. Ia menunjukkan betapa "selfish"nya saya dan membuktikan bahawa saya masih tidak punyai cukup peribadi selaku seorang yang mahukan manusia semuanya kembali kepada agama Allah.

Saya akui, kedua-dua insiden itu memang berpunca daripada kelemahan diri sendiri. Masih tidak cukup professional dalam perlakuan, masih tidak cukup teguh dalam pendirian. Masih bersikap endah tak endah dalam banyak perkara dan tidak terlintas untuk melatih diri menjadi seorang yang lebih proaktif dalam semua situasi. Dan pantas pula saya menyalahkan bangsa Melayu sebagai justifikasi kepada tindakan saya.

Teringat saya kepada salah satu slot latihan dalam kumpulan yang pernah dianjurkan oleh rakan-rakan di sini yang mana menekankan kepada 5 sifat penting yang sukar didapati dalam diri seorang pelajar muslim di luar negara. 5 sifat tersebut ialah
  1. Berani menyatakan kebenaran
  2. Tidak mementingkan diri sendiri
  3. Bijak mengagihkan masa
  4. Sukar marah dan cepat bertenang
  5. Tidak berbohong walau sekadar satu gurauan
Ternyata 2 sifat pertama masih belum saya kuasai sepenuhnya. Baki selebihnya juga saya rasakan masih belum tertanam dalam diri sebagai suatu akhlak kebiasaan. Nampaknya saya perlu berusaha lebih untuk membaiki diri sendiri agar matlamat hidup saya tercapai. InsyaAllah kita akan cuba kupas kepentingan 5 sifat ini dalam diri seorang pelajar muslim dalam entry yang berikutnya.

Wallahua'lam

4 comments:

Anonymous said...

Semua orang dalam tingkat masih belajar. Untuk beriman dengan hadith yg menyuruh kita utk sayang orang lain mcm sayangkan diri sendiri will take a lot of practice.

Same goes with training ourselves to do something. Some of us choose to stick with 'daripada aku buat tak ikhlas, baik tak payah buat langsung'. I think that is so wrong. If the condition requires (which is most of the time I think), we need to start with this mantra 'FAKE IT'. Yes, faking it, and it works based on my experience. Then if we start doing it after a long time, it will become a habit, an attitude, akhlak..whatever we name it.

the same principle, i think, goes with hadith nabi yang menggesa kita supaya menangis apabila membaca alQuran. If you can't, pretend to be crying.

An example, maybe, is the a suggested cure for envy. One scholar urges us to give presents to those we envy, say for their excellence. Of course, the gift might not be 100% sincere at that particular time, but it provides the seed for love to grow.

Slightly off-topic comment ;p

N. Azmir said...

Memang benar seperti yang dikata.

Akhlak bukanlah sesuatu yang ada di dalam hati secara azalinya semenjak kita lahir. Ia perlu dipupuk dan sudah semestinya dimulakan dengan kita "buat2" berakhlak biarpun ikhlas tidak turut serta.

Namun janganlah kita terus rasa selesa dengan "state of buat2 berakhlak" selamanya. Hati perlu latihan untuk mencapai keikhlasan.

wallahua'lam

Anonymous said...

alhamdulillah sekurang-kurangnya saudara menyedari kesilapan itu sekarang daripada kemudian hari.
barangkali rasa atau tindakan yang bersifat 'concern'(saya rasa ini istilahnya) perlu dipertingkatkan lagi.
allahhu yubaarik 'alaik!
wassalam

N. Azmir said...

yup, saya setuju.

berfikir selepas bertindak juga kadang-kadang membantu dalam membaiki diri setiap hari. Walaupun org melayu kata, tak guna "lepas terhantuk, baru terngadah".. tetapi pada saya, terhantuk yang kali itulah mengelakkan saya untuk terhantuk lg di kemudian hari..

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB