Air yang Terapung
Air tidak syak lagi merupakan suatu sumber yang amat diperlukan manusia setiap hari. Namun setakat mana kita mensyukuri nikmat itu?
___________________________________________________________________________
Saudaraku! Jadilah orang yang memerhatikan awan
bagaimana pada waktu petang ia berterbangan
Tuhan menghantarnya kepada kita sebagai rahmat
adakah kau bersyukur kepada Tuhan akan nikmat
Lalu matahari menguasai laut
untuk dibangkitkan wap air daripadanya
Diangkat airnya ke atas
melepasi bukit bukau yang tinggi
Dan diliputinya udara sejuk
bagi memberhentikan kenaikannya ke langit
Sekiranya Dia mahu, dijadikan udara panas
maka kita tidak mendapat walau setitis hujan
Dia menghalau tiupan angin dalam keadaan bertaburan
hujan turun selepas awan diperah
Tidak ada bukit bukau yang dapat menghalang
jika Dia mahu, hujan pasti akan turun walau dimana
Diciptanya yang lain seumpamanya, dan digerakkannya
dengan takdirNya,ia terus bergerak
Sekiranya ia melimpah dari langit sekaligus
menusia pasti akan ditimpa kebinasaan
Ini, apabila ia turun dalam bentuk curahan
apakah yang mampu manusia lakukan andai air batu sebesar bukit dijatuhkan?
Tetapi ia turun supaya berlembut ke atas kita dalam bentuk titisan
sebahagiannya bertukar menjadi sungai-sungai
Sebahagiannya diserap tanah
supaya tidak menjadi penghalang segala makhluk
Tetapi bukan terlalu dalam ia diserap
memadai disimpan dalam bekas besar pada suatu lapisan
Di dalam bekas daripada batu-batuan
ia disimpan untuk kemudahan bagi manfaat manusia
Lihatlah betapa hinanya pentadbiran
pentadbiran orang yang tidak mempunyai fikiran?
daripada berhala tuli atau tabiat semulajadi yang taatkan Tuhan?
Atau sebenarnya tiada keraguan, semuanya menjadi saksi
bahawa penjaganya adalah Allah, Tuhan yang Ahad
Berapa kalikah orang Islam ditimpa kemarau
lalu mereka meninggalkan bebanan dan batu penghalang
Mereka meminta daripada Tuhan jalan penyelesaian
lalu mereka berhak mendapat kejayaan dan mereka menemui jalan
Adakah kudrat alam atau berhala yang memakbulkan?
atau Yang Maha Mendengar, pelepas segala bala seksaan
-Hasil Pena Abdul Rahman Qadhi-
2 comments:
"Air yang Terapung"...satu tajuk menarik yang kebetulan juga merupakan tajuk bagi satu bahagian dari Kitab Tauhid Zindani.
Bercerita tentang air yang istimewa ini...hanya sekadar perkongsian fikiran sahaja:
Takkah berasa betapa bersyukurnya (buat masyarakat sekeliling Auckland/New Zealand terutamanya dan meraka yang senasib dengannya) ditaqdirkan selalu menerima hujan? Disebalik kerenyahan untuk terpaksa meredah hujan ke sekolah dll, sepatutnya seseorang lebih memperbanyakkan doa dan bukan sekadar banyak mengomel mengenai hujan dan kekuyupan simply kerana ada rahmat yang datang bersama.
yup,
saya bersetuju dgn pendapat saudari.
Manusia di mana-mana pun memang begitu. Mereka akan sentiasa mengomel walaupun tentang nikmat sebab terlalu mementingkan diri sendiri. Nikmat hujan sedemikian penting, manusia caci sebab membasahkan mereka. Nikmat islam mereka abaikan hanya kerana tak dapat nak mengikut hawa nafsu lagi.
Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia yang sedemikian.