Saturday, April 5, 2008

_ _ _ _ part 2




Assalamualaikum.

Para pembaca yang mengikuti hasil tulisan saya tentu masih ingat yang saya berminat untuk menyambung hasil tulisan mengenai _ _ _ _. Sekiranya ada yang tidak mengikuti hasil tulisan saya pada masa itu, anda boleh klik di sini.

Sebenarnya sahabat sekalian, sehingga kini saya keliru. Hati jika kita terjemahkan kepada bahasa Inggeris ialah liver atau heart? Saya lebih cenderung kepada heart kerana itu yang biasa kita dengar mereka ungkapkan dalam sekian banyak peribahasa. Sebagai contoh,

an empty heart, doesnt care
an empty heart has, no love to share


Ataupun, sebenarnya
"heart" yang dimaksudkan dalam puisi inggeris di atas tidak melambangkan fizikal jantung, namun lebih kepada suatu perasaan yang dirasakan namun tidak dikenalpasti daripada organ mana puncanya. Diharap ada yang dapat turun membantu kerana nampaknya pendangan saya terhadap _ _ _ _ sudah menjadi semakin bercelaru!

Keistimewaan "heart"

Setelah meneliti laman web, saya mendapati
"Heart" pada fizikalnya mempunyai terlalu banyak keistimewaan dan kepentingannya untuk terus bekerja di dalam tubuh kita tiada siapa yang berani menyangkal. Antara keistimewaan hati ialah:
  1. Saiznya hanyalah sebesar satu genggaman tangan anda,
  2. "Heart" seorang kanak-kanak berdegup 70% lebih kerap berbanding seorang dewasa. Degupan"Heart" seorang lelaki normal dewasa ialah sebanyak 70 kali seminit.
  3. "Heart" perlu mengepam darah, seterusnya menghantarkan darah yang kaya dengan oksigen melalui saluran darah yang mempunyai kepanjangan purata 160,000 km bagi seorang lelaki dewasa.
  4. "Heart" anda hanya berehat pada purata 0.4 saat sahaja selepas setiap degupan.
  5. "Heart" boleh mengepam sebanyak 10 liter darah seminit pada kadar purata.
  6. Bagi seorang lelaki berusia 23 tahun (seperti saya), "Heart" anda sudah berkhidmat dengan mengepam darah kepada seluruh badan anda sebanyak 42,048,000 kali dalam setahun (saya mengambil purata 80 degupan seminit) dan berjumlah 967,104,000 kali dalam masa 23 tahun.
  7. "Heart" ternyata jauh lebih kuat daripada besi yang rata-ratanya akan mengalami "fatigue failure" selepas 1000000 kali digunakan secara berulang-ulang.
Hebat bukan? SUBHANALLAH

Kenapa seksa "Heart" anda?

Sahabat sekalian, tidak cukup syukur kita dengan sekadar berasa kagum dengan fakta-fakta yang saya keluarkan di atas. Boleh saya katakan, masih ramai lagi yang tidak segan-silu merosakkan "Heart" mereka setiap hari. Ini terutamanya di kalangan lelaki. Tidakkah anda, wahai orang-orang yang merokok sekalian berasa walau sedikit kasihan pada "Heart" yang setiap hari bertungkus-lumus bekerja bagi membolehkan organ anda yang lain terus dibekalkan dengan oksigen segar?


Mari kita sama-sama merenung satu situasi....
Bayangkan seorang isteri yang setia setiap hari berkhidmat di rumah. Isteri ini tidak pernah berhenti bekerja, terus tanpa henti memerah tulang empat kerat demi memastikan makanan yang terbaik dihidangkan, rumah sentiasa teratur, anak-anak sentiasa terdidik dengan akhlak mulia dan suami dilayan bagaikan raja. Namun malangnya suami ini tidak pernah berterima kasih melainkan dengan menyeksa isterinya setiap hari, selepas makan, ketika rasa mengantuk dan bila-bila dia rasa bosan! Saya pasti tiada isteri yang sanggup bertahan dengan perangai sedemikian teruk dan langsung tidak tahu menghargai. Lama-kelamaan sudah pasti isteri itu akan menjauhi suaminya dan ini jugalah yang boleh berlaku pada jantung anda wahai mereka yang merokok sekalian.

Kenapa tidak pelihara _ _ _ _

Sudah cukup rasanya kita berbicara mengenai "Heart" pada keadaan zahirnya. Mari pergi kembali ke bahagian-bahagian ruhnya pula. Menonton dokumentari "the iron wall" semalam membuatkan saya rasa kagum dengan apa yang boleh dilakukan oleh _ _ _ _. Walaupun tidak merasai sendiri keperitan yang dialami sahabat di Palestin, sidang penonton seolah-olah sama-sama berkongsi luka yang diraut pada tubuh penduduk-penduduk malang itu.

Keistimewaan ini yang membezakan manusia daripada haiwan-haiwan lain di atas dunia. Malah _ _ _ _ berkebolehan mengubah manusia terus daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada cemerlang, daripada cemerlang kepada gemilang dan begitu juga sebliknya.

_ _ _ _ yang ikhlas mengajak manusia kepada perubahan juga mampu menyentuh hati orang yang cuba untuk kita ubah. Maka, sangat relevan sekiranya seorang yang mahu memberi nasihat, mengubah seorang sahabat lain perlu terlebih dahulu membersihkan niat daripada segala selainNya. Si pengubah juga perlu menanam sifat-sifat kebaikan agar akhlak mulianya terus bertambah hari demi hari.

Cukup sekadar itu. Maaf atas segala salah dan silap.

Wallahua'lam

Rujukan
  1. http://www.worldinvisible.com/apologet/humbody/heart.htm
  2. http://www.fi.edu/learn/heart/
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Fatigue_limit

5 comments:

Anonymous said...

Heart memang bermaksud jantung (primary meaning). Tp heart juga bermaksud centre of something...
Cth: in the heart of the city

Heart yg selalu orang pakai (definition common) is the centre of emotion and thoughts.... especially regarding conscience, love, compassion etc..

Harap that clarifies the definition problem that you're having... of course there are more definitions out there and you can refer to thesaurus... :)

Anonymous said...

salam ya akh

Bercerita tentang hati, enta dah baca buku Purification of the Heart oleh Hamza Yusuf?

Dalam mukadimahnya, Syeikh Hamza ada sebut mengenai hati (jantunglah maksudnya dalam kes ni) secara fizikal yang turut terkesan dengan emosi, atau penyakit-penyakit hati. Bukan semata-mata hati yang kita tak nampak tu yang terkena efek.

Rasa-rasanya memang betul. Kan?

N. Azmir said...

wsalam wbt "iceman" dan ukht afnizar.

ana belum pernah baca buku tu lagi.. jzkk atas maklumat tu.ana akan cuba cari buku tu dan baca untuk pemahaman yang lebih..

wallahua'lam

Nabihah Sallih said...

Sekadar perkongsian:

Berdasarkan hasil pencarian (statistik) di Google Trend mengenai "sakit":

1) Sakit pinggang : 57,100 keputusan
2) Sakit mata: 86,800 keputusan
3) sakit gigi: 122,000 keputusan
4) sakit JANTUNG: 146,000 keputusan
5) sakit perut: 289,000 keputusan
6) sakit kepala: 340,000 keputusan
7) sakit HATI: 481,000 keputusan.

Ini membuktikan banyak hati manusia yang sedang sakit tenat. Maka tidak hairanlah dunia ada banyak masalah sosial kerana segumpal darah/daging yang didalam sedang nazak dan memberi kesan buruk kepada 'performance' luarannya.

N. Azmir said...

Terima kasih nabihah atas perkongsian itu.

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB