Tuesday, April 22, 2008

Mari Berkumpul


Assalamualaikum




Kata-kata aluan


Saya kembali lagi. Masalah menguruskan masa dengan baik membuatkan saya gagal untuk update blog ini dengan lebih kerap. Walau bagaimanapun, alhamdulillah... hanya ucapan itu selayaknya saya keluarkan jauh dari dalam benak hati kerana diberikan peluang olehNya sekali lagi untuk membetulkan kesilapan setelah mengendahkan tugas memberi peringatan di dalam blog ini.

7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." Ibrahim:7

Saya merancang untuk lebih sistematik dalam bidang penulisan ini insyaAllah.

Mari Menuju Kejayaan

Barangkali anda kenal dengan seruan di atas. Di Malaysia ia dilaungkan 10 kali setiap hari. Namun di sini, hanya perisian komputer sahaja yang kita harapkan untuk menunaikan tugasan itu.

Mendirikan solat bukanlah suatu perkara kecil yang boleh kita ambil mudah. Malahan di situlah terletaknya sumber kekuatan orang-orang mu'min. Siapakah orang-orang mu'min? Anda semua? Saya? Mari kita lihat apakah jawapan sebenarnya kepada persoalan itu.

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang mu'min. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna." Al-Mu'minuun: 1-3

Untuk hari ini, mari kita fokus kepada satu persoalan penting ke arah membentuk diri menjadi seorang yang beriman. Teori yang anda pelajari di sekolah, tidak cukup untuk mengiktiraf anda sebagai seorang yang beriman. Satu persoalan penting yang ingin saya kupas pada hari ini ialah pentingnya menjaga solat.

Menjaga Solat

Al-Quran dan sunnah nabi jelas menunjukkan kepentingan solat. Namun, solat kita hari ini hanya tinggal pada syiar. Sudah hilang maknanya sama sekali. Kadang-kadang saya berasa sedih melihat telatah umat islam ketika bersolat, apatah lagi di bumi Nz ini. Pelbagai ragam manusia saya perhatikan.

  1. Ada yang ketika solatnya sibuk membetulkan pakaian.
  2. Ada yang sibuk membetulkan rambut.
  3. Ada yang boleh membalas sms.

Namun itu masih boleh dianggap perkara kecil dalam solat kerana perkara2 di atas, tidak membatalkan solat pun. Apa yang penting dalam solat ialah siri perbuatan yang mendekatkan manusia kepada penciptanya. Di situlah tertumpunya jasad, mental dan hati. Fokus terus kepada Allah, suatu kuasa yang tiada tandingnya. Kuasa yang tiada siapa berani mencabar. Tuhan yang bertanggung jawab atas perjalanan alam yang cukup cantik ini. Pencipta yang mendirikan bumi dan langit dalam masa enam hari. Yang mencipta saya, anda, seluruh umat manusia, bumi beserta isinya dan segala yang berada jauh di langit sana.

Solat merupakan suatu latihan. Sekiranya anda berjaya menumpukan sepenuh perhatian dalam solat, bermakna anda tidak akan punyai masalah untuk menumpukan perhatian dalam perkara-perkara lain. Menurut Hassan al-Basri,

"Setiap solat yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih hampir kepada siksaan"

Sabda Rasulullah pula,

"Allah S.W.T tidak memandang solat seorang lelaki yang mengerjakannya tanpa kehadiran hati beserta gerak badan"

Saya fikir, dua dalil di atas cukup untuk menyentak kita yang sudah sedia selalu lalai dalam solat. Sudahlah mendirikannya dengan malas, solat sorang-sorang pulak tu. Jadi apa yang tinggal lagi dalam solat kita? No wonder umat islam hari ini lemah kerana pemudanya pun sudah malas mengerjakan ibadah bak tiang agama ini. Solat itu seolah-olah satu aktiviti yang hanya layak diselit-selitkan di antara aktiviti-aktiviti harian kita yang lain.

"eh, sementara tv tengah iklan ni, baik aku pi solat asar jap"

"ala, lambat pulak ayam ni masak.. solat zohor jap la"

"esok kene bangun pagi sebab nak study, alang-alang lepas tu leh solat subuh awal sket"

Aduhai sahabat, sekiranya kita masih lagi mengamalkan perkara di atas, maka layakkah kita digelar seorang mu'min? Jauh panggang dari api. Solat perlu kita jadikan agenda utama setiap hari. Sebagaimana sebuah kereta perlu diisi tangki minyaknya untuk terus berjalan, begitu jugalah solat memastikan hidup kita terus berjalan dengan penuh makna. Hidup tanpa solat adalah hidup yang kosong tiada erti, bagaikan sebuah kereta yang tersadai tanpa minyak dipenuhi karat. Jika dibiarkan lebih lama, maka akan tiba masanya kereta itu rosak dan hanya layak dijual sebagai serpihan besi tidak berguna. Mahukah anda di akhirat nanti menghabiskan sepanjang-panjang hayat anda dalam keadaan tidak berguna? Disoal, dipukul, dibakar. Pada hari di mana ramai yang berasa kesal dengan kehidupan yang dijalani di dunia.

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya" al-Ma'un: 4-5

Mari Berjemaah Seketika

Ramai yang kata diri mereka sibuk. Terlalu sibuk sehingga nak ke surau pun tiada masa.

Sahabat sekalian,

Setiap orang diberikan 24 jam yang sama. Cuba anda buka kembali lembaran hidup anda dengan cara bermuhasabah seketika. Baiklah, cuba jawab soalan-soalan yang saya ingin kemukakan sejujur mungkin: Dalam sehari (24 jam), berapakah masa yang anda habiskan untuk perkara-perkara berikut,

  1. Tidur dan berehat
  2. Study atau bekerja
  3. Berhibur (menonton tv, main game, mendengar lagu kegemaran, layar laman web)
  4. Untuk Islam (solat, tambah ilmu agama, berpesan-pesan kea rah kebaikan)

Sekiranya perkara yang keempat sekadar mendapat ruang dalam serpihan masa lapang anda, maka bolehkah anda berasa selamat? Ada sesuatu yang perlu dilakukan segera kerana perubahan bermula dengan perlahan. Oleh itu, ingin saya mencadangkan sesuatu kepada anda semua (sahabat lelaki yang belajar mahupun bekerja di sekitar kawasan Auckland City Center)

Cadangan saya ialah, untuk mengajak anda semua berkumpul di surau Mt. Street sekali setiap hari bagi sama-sama menunaikan solat maghrib berjemaah. Peluang berkumpul bersama dapat kita ambil untuk sama-sama meneguhkan iman, lalu merapatkan ukhuwwah dan merapatkan jurang sesama kita. Semoga anda semua berani dan berusaha untuk menyahut ajakan saya ini.

Buat akhirnya, doa jugalah yang dapat saya pohonkan untuk kesejahteraan kita semua di dunia dan akhirat. Saya tiada daya untuk beri walau sekelumit petunjuk kepada anda. Allah sahaja berhak kepada yang demikian.

5 comments:

s.metro said...

Antara golongan yang mendapat nanungan pada hari akhirat ialah pemuda yang hatinya sentiasa terikat pada masjid. Kadang2 saya terfikir sendiri adakah hadis sahih ini merupakan rahsia yang disimpan rapi dan seringkali berdoa yang moga2 tiada orang yang mencekik saya di padang masyar nanti menanyakan apsal tak bgtau masa di dunia dulu.
Walaupun begitu, Islam dari perspektif mata saya ialah satu agama yang mudah. Solat ialah tiang agama.Kalau tak dapat datang masjid/surau, no problem. Solat lah di rumah. Asalkan tak solat sudah. Yang membezakan orang Islam dgn bukan Islam solat je.
Kita semua datangnya daripada latar belakang yang sungguh berlainan. Tak semua orang yang biasa menunaikan solat berjemaah tiap waktu daripada tingkatan satu lagi.
Apa yang kita boleh lakukan ialah terus mengajak mana2 rakan yang ada kelapangan masa untuk datang solat berjemaah. Mengajak dgn berhemah, xpayah lah buat muka kalau pelawaan kita ditolak. Kalo x dpt xpe.
Akhir sekali di samping itu elok juga kita ambil inisiatif untuk tengok erti bacaan semasa solat,moga2 dptlah tambah khusyuk sikit.Solat berjemaah, tapi tak khusyuk pun tak guna jugak. Purr.

azmir.nadzar said...

Terima kasih shafiq atas komen anda.

Kita perlu tahu membezakan antara islam agama yang mudah dengan kita memudah-mudahkan agama islam. Solat itu mudah, tetapi memudah-mudahkan solat itu adalah malapetaka bagi seorang muslim

Wallahua'lam

Hamba yg daif said...

Orang Melayu memang suka emphasize solat Maghrib berjemaah sedangkan sudah jelas solat yang jauh lebih besar fadhilat berjemaah ialah Subuh diikuti Isya, kemudian Asar, Zuhur dan last skali Maghrib..

Bukan nak kata solat Maghrib berjemaah x penting... tp ntah kenapa kita slalu urge untuk benda yg paling senang mcm nk buat yg mudah jer.. Tp better ar solat berjemaah maghrib kalau dah xde masa lain yg boleh berjemaah bersama2.. tp again renungkanlah... ganjaran yg dijanjikan Allah... bersegeralah menuju ganjaran Allah dan pilihlah yang mudah tapi at the same time mestilah yang terbaik dan menepati syarak... wahai ummatan wasato

Wallahua'lam

azmir.nadzar said...

Buat hamba yg daif..
terima kasih atas komen bernas anda. memang benarlah kata anda, ganjaran terbesar berjemaah dlm solat terletak pada solat subuh, seterusnya isya'. (pembaca boleh rujuk riadhus salihin bab 192). Namun, perubahan dalam manusia bermula berdikit-dikit. Seandainya solat maghrib pun masih ramai tak mampu nak lakukan, kenapa mesti kita terjun terus kepada yg paling susah. Fitrah manusia menunjukkan yang perubahan dalam diri kita (baik perubahan fizikal, mental mahupun emosi) berlaku fasa demi fasa.

Semoga bermanfaat..wallahua'lam

Fenrisar said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB