Adat
Terlalu banyak perkara yang kita lakukan tanpa ada sebab yang konkrit. Sebagai seorang Islam yang diajar untuk mempersoalkan banyak perkara, saya sukar menerima bila kita terpaksa melakukan sesuatu hanya kerana orang dahulu biasa mengamalkannya.
Adat.
Pernah saya dimarahi oleh ibu, ayah, datuk dan nenek kerana terlalu banyak mempersoalkan adat Melayu semasa majlis pertunangan saya. Saya pelik kenapa...
- Kenapa perlu sediakan jumlah2 hantaran tertentu untuk dihantar ke rumah perempuan? Si perempuan perlu membalas dengan jumlah tertentu pula. Contohnya, kalau lelaki hantar 7 dulang, perempuan perlu balas 9 atau lebih. Jumlahnya mesti berangka ganjil.
- Kenapa tepak sireh atau sireh junjung seakan2 wajib ada dalam salah satu dulang hantaran itu?
- Kenapa cincin bertunang perlu berbatu? Cincin merisik pula berbelah rotan? (Ini mungkin lebih kepada tanda, bukan adat)
- Dan lain-lain
Ada lagi beberapa perkara, namun terlalu sensitif untuk saya sebutkan di sini. Mungkin ada sahabat lain yang mahu berkongsi pendapat.
Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan peranan adat dalam membentuk kita menjadi seorang yang tertib, saling menghormati dan hidup teratur. Cuma, kalau kita terus mengamalkan adat-adat yang tidak relevan dengan masa, saya bimbang bangsa ini akan terus ketinggalan.
Kita perlu berubah. Akal fikiran perlu menjadi paksi kepada tindakan sekiranya tiada nas qath'ie (kuat) yang mensabitkan untuk kita melakukan atau meninggalkan sesuatu.
Tidak lupa, ingin saya ucapkan syukur atas majlis pertunangan yang sudah. Alhamdulillah, dikurniakan tunang solehah dan keluarganya yang sangat baik.
15 dulang hantaran di pihak saya. 9 utama, selebihnya hadiah kata ayah. (Gambar di ambil sebelum rombongan berangkat)
Ayah saya (berbaju belang) sedang berbincang dengan ayah tunang saya. Nama tunang dirahsiakan..hehe
3 comments:
setuju akhi...ada byk adat yg mengikat, sehingga lemas dibuatnya...perlu seimbang antara menjaga hati keluarga dan mempertahankan syariat. Moga2 adat yg terpaksa diikut tak melebihi batas dan sempadan syariat yg dijunjung...
ana tersenyum lihat gambar, sbb familiar dgn rumah ukht. tahniah, moga Allah sampaikan kepada baitul muslim yg akan meneguhkan lagi dakwah ini..
Selamat ya syeikh..
Heheh... Mujur ana ada sikit say dalam keluarga... Heh..
Berdulang dulang jugak tu ye..
Papehal kena banyak slow talk... whatever it is.. I guess penonjolan dan pembawaan diri dalam keluarga mampu merubah sesuatu.. Selamat berusaha ya akhi!
Salam juang
A.K
@hurun een: Mohon doanya selalu insyaAllah. Belum berbait, belum tau cabaran yg mendatang.
@ A.K: Ana yg tak larat tgk byk sgt dulangnya. InsyaAllah, family mmg bersangka baik dh dgn kita. Even dlm family, ana org yg paling dipercayai. Tp bnde2 adat ni is very complicated sheh. Ana slalu termenung sndirian, pk camne nak selesaikan. Cerita kt naqib pon, die hanya boleh tersenyum. Xpe, mari lihat masalah sebagai satu tarbiyah yg mengembangkan potensi diri