Ke mana menghilang?
Di mana perginya hasil tulisan saya? Blog ini seakan-akan sudah keruh dimamah masa dek kerana penulisnya yang sangat malas menabur luahan buah fikiran dan hati. Saya seakan-akan hilang segala ilham untuk menulis. Doakan agar timbul kembali kesedaran dalam diri saya untuk kembali menabur jasa melalui medium ini.
Oh ya, saya ingin mengucapkan ribuan jika tidak jutaan terima kasih buat semua sahabat yang meraikan kedatangan saya ke New Zealand sempena menghadiri majlis konvokasi. Saya amat gembira kerana diberi peluang bertemu muka-muka baru yang menyemarakkan semangat kaum muda di sana. Kaum muda yang saya yakin bakal menjadi paksi kepada kebenaran yang tegas menolak segala kebathilan.

2 comments:
kamulah dan kitalah penegak panji-panji Islam. memilih dan menggunakan apa cara yang terbaik untuk menyampaikan dan berkongsi madah risalah dari era nubuwwah...
dalam kebanyakan manusia yang memilih untuk menulis, kelompok ummat yang faham sahajalah yang menulis memberi manfaat, mengajar dan menyebar kebenaran...
andaikan mereka sendiri meninggalkan wasa`il yang ada, kepada siapa lagi kan ummat ini bertaut? andai ini sedikit bakti, taburilah, kerna yang kecil bisa menimbal hal yang besar, mungkin bukan di dunia, tetapi di hadapan mizan, segala bisa mungkin...
satu perkongsian, satu peringatan, satu gertakan, buat jiwa yang memahami....
emir.abu.khalil
akhuka fil Islam
gedik!