Bonda di kejauhan
Semenjak masuk kerja ni, saya selalu menghitung-hitung hari. Bila agaknya boleh saya luangkan masa untuk pulang ke kampung. Maklumlah, rumah jauh di Seremban. Kenderaan sendiri pun belum ada. Tapi itu semua xpatut jadi alasan untuk tidak menjenguk ibu yang selalu bertanya, "Abang bila nak balik rumah ni? Balik sekejap pon takpe la."
Rasa segan pun selalu menjenguk. Hampir setiap hari ibu akan telefon saya bertanyakan khabar dan hal-hal kerja. Biarpun dengan hanya menggunakan celcom prepaid yang ibu saya beli beberapa bulan lepas. Walhal, saya pakai celcom postpaid. Dalam erti kata lain, lebih elok kalau saya sahaja yang telefon ibu. Mungkin ini menunjukkan betapa kasih ibu itu jauh lebih dalam daripada kasih anak kepadanya.
Untuk seorang jurutera, kasih sayang itu sesuatu yg agak objektif. Anda beri 1 maka 1 lah yang anda akan dapat kembali. Tapi itu bukan kesnya dengan kasih seorang ibu. Biarpun hanya 0.5 yang saya berikan, namun itu sudah cukup untuk ibu saya memberikan 50 bahagian daripada kasih sayangnya.
Ibu yang dahulu sering meleteri saya atas kenakalan di zaman kanak-kanak, kini lebih selesa menjadikan saya tempat meluah perasaan. Cuma saya.. saya rasa saya belum cukup pandai menghargai ibu. Kadang-kadang timbul rasa jengkel bila ibu sering menceritakan masalah yang saya tidak faham dan tidak dapat menyumbang apa-apa ke arah menyelesaikannya. Tapi saya yakin, ibu tidak expect saya untuk berikan padanya apa2 penyelesaian. Ibu cuma mahu saya dengar. Oh, mulia sungguh hati seorang ibu.
Saya masih ingat ayat yang pernah ibu lontarkan pada saya satu ketika dulu dan cukup membuat saya tersentuh sehingga sekarang,

"Biar macam mana teruk, bodoh pun korang.. Korang masih lagi anak-anak ibu. Takde siapa yang boleh jauhkan ibu daripada seorang pun anak-anak yang ada"Biar jauh di mata, ibu terus dekat di telinga (sebab senang telefon) dan di hati.
0 comments: