Friday, October 10, 2008

Revolusi, Reformasi, Evaluasi

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua pengunjung setia blog yang serba kurang ini (ade ke pengunjung setia?perasan sungguh!hehe). Maaflah andai ada tulisan saya yang pernah menyinggung anda. Segala rasa tidak puas hati harap dapat diampunkan. Sungguh, saya ingin menemui Tuhan saya dalam keadaan "Dosa Free" dan dengan "Qalb" yang "salim".

Usai Ramadhan, banyak sungguh perkara "ajaib" yang berlaku. Saya sendiri merasakannya. Maaflah sekiranya entry kali ini lebih berbentuk luahan perasaan saya terhadap perkembangan diri sendiri. Semoga anda yang membaca mendapat lebih banyak manfaat daripada saya yang menulis.

Di kala Ramadhan

Di kala Ramadhan, saya rasakan sungguh dekat dengan Tuhan. Tidur yang berjumlah tidak lebih 4-5 jam sehari saya rasakan cukup untuk memandu diri saya bergiat cergas pada siang harinya. Malam saya habiskan di surau Mt street tercinta. Sungguh indah kala itu. Tapi bukanlah bermakna tiada kecacatan pada Ramadhan saya. Bahkan, saya rasakan kecacatan-kecacatan di kala Ramadhan lah yang menyebabkan ada sebahagian unsur diri saya dicacatkan pengaruh jahat syaitan dan nafsu sehingga kini.

[selingan..lagu Araftu, dendangan Muhammad al-Husayn dan Raihan]

Saksikanlah wahai pembaca sekalian, saya berikrar mahu mengadakan revolusi untuk diri sendiri.

REFORMASI. REFORMASI. REFORMASI.

Bukan untuk politik, tetapi reformasi sikap dan isi hati yang dah dikotori. Mari evaluasi diri.

Pasca Ramadhan

Saya rasa kurang sedap hati dengan diri sendiri. Pernah pada satu masa saya bermonolog,

"Alhamdulillah, pasni boleh tidur cukup. Ramadhan dah selesai. Makan pon lagi terjaga."

Satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar daripada hati seorang yang telah berikrar mahu beriltizam dengan Islam. Di mana silapnya saya? Saya tidak tahu. Menjelang akhir-akhir Ramadhan, saya dibebani dengan pelbagai konflik. Rata-ratanya konflik dengan 2 unsur dalam diri. Unsur Baik VS Unsur Jahat. Keputusan persaingan antara dua unsur ini adalah seperti berikut.

Unsur Baik Unsur Jahat
Kalah Menang
Menang tipis Kalah
Kalah pukulan knockout Menang besar
Kalah teruk Menang selesa
Seri Seri
Kalah lagi... Menang mudah

Aduh, ternyata Unsur Baik saya bukanlah lawan kepada Unsur Jahat yang jauh lebih gagah. Masakan Unsur Jahat ini tidak menang kerana ia bermain tipu. Pertarungan yang berbentuk handicap match antara Unsur Baik menentang Unsur Jahat yang dibantu nafsu serta kawan baiknya syaitan berpangkat Sarjan. Di kala Ramadhan, Unsur Jahat hanya keluar bertarung bersama nafsu kerana syaitan dipenjarakan buat sementara waktu. Tetapi, masih lagi Unsur Baik saya terus tewas. Aduh sekali lagi.

Kadang-kadang saya rasa marah. Kenapa yang baik terus kalah. Kemudian datang pula konflik dari luar. Maka bertambah-tambah teruklah kekalahan yang dialami. Ya Allah! Apakah ini hukuman buatku? Konflik luaran boleh berbentuk macam-macam. Perubahan sikap kawan-kawan rapat terhadap diri saya, dinginnya hubungan dengan adik-beradik seperjuangan + seakidah saya di sini, bertambahnya gejala sosial di kalangan mereka yang saya harapkan akan bersama-sama mendukung cita-cita saya membawa pembaikan di atas muka bumi serta maksiat yang semakin berleluasa adalah sebahagian daripada konflik-konflik luaran yang saya alami.

Mencari Punca

Air mata sudah makin sukar saya terbitkan daripada pasangan mata yang saya miliki. Hati semakin keras. Terdetik sekali dua dalam hati kecil ini mahu saja saya biarkan semua orang dengan hidup mereka, dan saya hidup dengan hidup saya. Mungkin saya nak ditelan ikan Nun sepertimana Nabi Yunus A.S agaknya.. Astaghfirullah

Di kala ini bantuan terhebat muncul. Bantuan Qalil saya dan anda semua. Allah is coming to the rescue.

Tapi...

Iman saya masih lagi setipis kulit bawang. Yakinnya saya akan bantuan Allah itu sejujurnya mungkin tidak lebih dari 10%. Pertaruhan saya masih pada apa yang saya dapat nampak dan rasa. YA!! Mungkin di situlah puncanya. Tipisnya iman kepada Allah. Iman yang diletakkan pada tangga nombor dua dalam senarai priority hidup.

Dan mungkin juga pada salah tujuannya segala tindakan saya. Kenapa saya inginkan kebaikan? Kenapa saya ingin mengembangkan islam? Agar orang boleh sanjung saya sepertimana rakyat Malaysia menyanjung DSAI atau Tun? Tidak yakinkah saya akan mahalnya nilai syurga? Ataupun mungkin keyakinan saya pada pembalasan di akhirat sekadar main-main? Sungguh, benarlah. Islam hanya akan disanjung mereka yang ikhlas serta suci akidahnya walhal akidah saya masih ada kotoran-kotoran degil yang perlu saya sental mulai saat ini.

Maka bermula daripada ketika ini, saya berikrar untuk pertama-pertamanya membersihkan akidah saya biar apa pun kepayahan yang terpaksa saya alami. Mujahadah dan semoga Tuhan tolong saya. Tolonglah saya wahai Rabbal 'Alamin. Kemudian, akan saya isytihar perang habis-habisan kepada Unsur Jahat bersama kawan-kawannya yang telah lama merosakkan hati dan nurani ini. Saya berharap ini akan menjadi langkah awal yang membersihkan diri saya sebelum bertemu dengan DIA yang ESA dan dengan manusia ulung yang saya rindui (Allah dan Rasulnya S.A.W)

Wallahua'lam

8 comments:

Anonymous said...

Reformosi or Reformasi?

N. Azmir said...

oh..hehe
terima kasih la bgtau..
typo..salah ejaan

Anonymous said...

salam..sahabat..

sy ni pengunjung yg tidak setia..gimanapun berusaha insyaAllah menjadi pembaca yg duduknya sebentar,dan berpikir sejenak..huhu..selesai shj dibaca post yg kamu bg ini..sy merasa sebak skali..ternyata isinya bagus skali..sama seperti yg sy lalui dan alami..ma kasih sama kamu..truskan usahamu..bakatmu besar..ikhlaskn niatmu..

sebenarnya,sy jga ingin menulis seperti kamu..ingin jd org yg dapat menzahirkn apa yg tersirat dihati..mengungkap bicara kalbu yg dalam...tp sukar utk memulaikannya..kerana ilmuku begitu cetek skali..huhu..

N. Azmir said...

wsalam wbt. sahabat.

terima kasih kerana sudi berkunjung. saya sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati. ilmu saya juga tidaklah luas. hanya pada Allah saya harapkan segala bantuan dan ilham.

ikhlasnya, itulah realiti kehidupan saya dan mungkin ramai lagi di kalangan kita. semoga Allah bantu saya dan kamu. semoga diperjelaskan kepada kita, yang mana benar dan yang mana pula dusta.

wallahua'lam

Anonymous said...

salam sahabat, teruskan menulis dan menulis. tajamkan lagi bakat menulis anda utk kegunaan di masa hadapan. -sahabat dr sg udang- :)

N. Azmir said...

terima kasih sahabat dari sungai udang..
semoga kita ketemu bila saya kembali ke Malaysia nnt

myrod88 said...

setiap saat kita diuji, semakin hebat ujian untuk org yang dikasihiNya. namun, ada yang kalah dalam ujianNya. ada yang kalah sementara. ada yang kalah selamanya. moga dijauhkan daripada kekalahan selamanya, walau yang diharapkan itu adalah winning forever.

"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan agama Mu dan taat padamu.."

N. Azmir said...

benar tu rusydi. Semoga Allah turunkan rahmatnya untuk saya, kamu dan utk semua yg menginginkan rahmat daripadaNya.

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB