Monday, October 13, 2008

Lelaki Sejati

Lelaki sejati tidak tunduk pada sesuatu pun melainkan apa yang dikehendaki Tuhan.

Tidak gentar pada sebarang ciptaan.

Yang ditakuti hanya pada Yang Menciptakan.

Bukan mudah untuk hidup berdasarkan prinsip. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya dan anda semua alami setiap hari. Manis mulut kita berbicara, "Jangan diikut hawa nafsu bila bertindak, bila berbicara mahupun bila merasa." Namun, apakah itu yang kita lakukan setiap kali? Setiap hari?

Amaran sudah jelas diberikan Tuhan. Dalam surah as-Saff, Allah berbicara kepada hamba-hamba melalui Kalamnya yang bermaksud,

" Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."

Tidak gentarkah hati kecil ini bila mendengar Tuhan berbicara yang demikian? Saya takut, tapi tidak selalunya begitu. Kadang-kadang dengan berani saya langgar! Benci kemungkaran namun diri sendiri tidak terlepas daripada melakukannya. Masih ada kekurangan yang jelas pada diri saya. Hati ini masih tidak cukup bersih.

Bilakah agaknya diri saya dapat benar-benar merasakan kehadiran Tuhan? Seolah-olah tiada yang mengawasi diri saya. Pandai berkata-kata, namun pada diri sendiri pun tidak 100% terlaksana. Seperti yang telah saya luahkan dalam entry lepas, banyak konflik yang jatuh menimpa saya. Saya rasakan sudah bertemu jawapannya. Tapi, masih tidak saya laksanakan sepenuhnya.

Prinsip Sesuci Salji, Sekental Besi

Itu yang saya inginkan. Hidup saya masih dipandu keinginan-keinginan yang mengarut. Karut yang mengaratkan seluruh ruh dan jasad. Prinsip bukan lalang yang boleh ditiup ke timur ke barat. Bukan juga air yang hanya mengalir ikut pada bekasnya. Namun ia bagaikan pasak besi yang teguh berdiri biar apa pun yang menimpa. Biar dilanggar dirempuh. Biar pecah, seribu terbelah. Biar karat bertukar sifat. Berdiri tetap berdiri. Walau tercondong sedikit, ia akan terus teguh di situ.

Itulah hidup pada prinsip. Arahan Tuhan adalah prinsip. Tiada yang lebih suci daripada prinsip yang disandarkan pada suruhan-suruhanNya. Islam bukan untuk diikut bila kita rasa mahu sahaja. Bukan untuk kita patuh pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat sahaja. Tetapi perlu kita tunduk selagi mana hayat terus terkandung di dalam jasad. Biar terperosok di tengah-tengah najis dan maksiat, tapi tetap jelas amaran-amaran Tuhan dalam ingatan.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." at-Taubah:41

Saya tidak mahu jadi pengecut. Saya tidak mahu jadi manusia yang tewas kepada iblis. Lupakah kita iblis pernah meremehkan manusia. Memandang rendah dan menghina diri kita. Mari kita buktikan kepada dia, bahawa tidak salah pilihan Allah. Meletak kita sebagai pemakmur bumi ini. Bukan perosak sepertimana iblis dan kawan-kawannya.

Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana...

wallahua'lam

4 comments:

Ahau - Dee said...

'Hidup masih dipandu keinginan-keinginan yang mengarut'... saya suka ungkapan ini. Bukan mudah untuk menjadi lelaki sejati di dalam erti kata yang sebenarnya.

Anda benar-benar membuatkan saya 'duduk sebentar dan berfikir sejenak'

Terima Kasih.

N. Azmir said...

cepatnye abg kite ni baca. saya baru update..hehe

yup, mmg bukan senang. mari kita buktikan, kita adalah antara lelaki2 yg sejati..

my pleasure bro..

Anonymous said...

Benar...

Senjata terbaik ialah tawakkal, dan ia x mungkin dtg tanpa tekanan2, kerana org beriman sentiasa diuji sepanjang hidupnya, dan itulah ketenangan seorang mukmin!

Tiada yang memuliakan, tiada yang menghinakan, melainkan Dia.

Semoga berjaya sahabat!

N. Azmir said...

terima kasih kerna mendoakan
terima kasih atas lawatan
terima kasih dengan nasihat

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB