Sunday, October 26, 2008

Hari-hari Akhir

Saya seakan-akan sukar untuk percaya. Masa saya sudah hampir sampai ke penghujungnya. Hanya tinggal tiga paper exam menanti. Selepas daripada itu, saya akan kembali ke Malaysia dengan izinNya. Kembali untuk meneruskan satu lagi fasa dalam hidup. Fasa yang bakal memberi saya lebih banyak dugaan. Fasa yang bekal menjadikan saya seorang manusia berjasa atau bakal menghentam saya sehingga menjadi seorang yg tidak berguna.

Saya rasakan seperti baru semalam berpijak di bumi Auckland. Biar bumi ini tidak sehebat New York, namun tetap ia menjadi tempat saya pelajari ilmu yg tidak terbayar dengan nilai Dollar. Sungguh syahdu mengenangkan tempat ini. Saya tidak pasti apakah pemergian saya meninggalkan seribu satu jasa, atau pemergian saya mengurangkan satu lagi beban kepada bumi Auckland.

Saya tidak berhasrat berkata / menulis banyak. Saya hanya mahu kongsikan sebuah video yang pendek namun cukup bermanfaat buat mereka yang mahukan pengajaran.

p/s: Selamat menghadapi peperiksaan buat semua yang bakal menghadapinya.

6 comments:

myrod88 said...

aiseh sedih la kau dah nak balik bro. (tapi takpe, kita reserve sesi sedih-sedih ni last day nanti. eheh)

all the best untuk 'exam-exam' yang mendatang. =)

N. Azmir said...

diriku turut merasakan kesedihan itu..huhu

Imran Razali said...

eleh... ni nak balik ke tak nak balik nih...
kalau ana dah lama nak balik.. lg excited kot nak balik :p

don't worry, your legacy will remain here in Auckland sbb nta sorang je abang yang ber'title'kan akak ... itu kehilangan yang tidak dapat diganti tuh :D

basikal.merah said...

hekeleh bwt2 sdeh lak nak balik.

pgla balik ... gi dok diam2 kat soghomban tu. nta pegi kat terminal one, btul kan bdk2 kt sana. hehe

pastu nak kawin nnt jgn diam2.

N. Azmir said...

semua macam nak halau saya dr auckland je..
xpe2, camni la korang..
hehe

Afidah said...

Selamat menempuh alam pekerjaan. Moga sentiasa dalam keberkatan Allah di atas landasannya.
Maaf dari kami sekeluarga. Kalau ada masa jemputlah ke rumah sebelum balik.

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB