Wednesday, June 25, 2008

Bersusah-susah dahulu

Banyak yang ingin saya tuliskan. Namun saya tidak pasti di mana harus saya mulakan. Selepas peperiksaan tamat, saya tertarik untuk membaca sebuah buku hasil tulisan Tun Mahathir yang bertajuk The Malay Dilemma. Walaupun buku ini mengundang pelbagai kontroversi, namun saya rasakan ada sesuatu yang boleh saya manfaatkan daripadanya.

The Malay Dilemma

Saya bukanlah pengikut setia perkembangan politik negara. Tetapi saya benar-benar berminat mengkaji tentang bangsa Melayu, bangsa saya. Saya tidak berhasrat menjadi seorang yang racist. Pada saya tiada bangsa lain yang dapat memperbaiki keadaan bangsa Melayu melainkan orang-orang Melayu sendiri. The Malay Dilemma menjadi titik permulaan pengembaraan saya mencari jawapan kepada pelbagai persoalan berkaitan kemunduran bangsa ini.

Sahabat Pembaca,

Setelah membaca buku ini, saya merasakan tulisan saya dalam entry bertajuk Hang Tuah Hilang Taming Sari sungguh tidak matang dan tidak realistik. Banyak perkara yang saya terlepas pandang dalam mengkritik perkembangan bangsa yang pernah terkenal ini (sekarang terkenal juga rasanya...). Maklumlah, ilmu masih cetek, pengalaman masih pendek. Oleh itu, maafkanlah saya.

Melayu Mesti Berubah

Perubahan, suka saya kaitkan dengan keupayaan seseorang untuk mengorbankan keinginan jangka masa pendek bagi menjamin perkembangan masa depan yang lebih baik. Itulah sebabnya bukan mudah untuk kita menyatukan hati sekumpulan manusia. Membawa perubahan kepada suatu bangsa apa tah lagi. Dan kini saya sedar betapa keadaan sekeliling dan sejarah silam seseorang itu benar-benar memainkan peranan dalam membentuk dia yang sekarang.

Kemunduran bangsa melayu bukan hanya berlaku baru-baru ini. Malahan ia sudah bermula semenjak bangsa lain mula menapakkan diri di atas tanah melayu lagi. Banyak faktor yang menyumbang kepada gagalnya orang melayu bersaing dengan bangsa lain terutamanya bangsa cina. Antaranya ialah faktor cuaca, pekerjaan mereka pada masa itu dan sifat malu-malu kucing melayu. Walaupun bunyinya sedikit aneh, namun memang itulah hakikatnya.

Setelah membaca buku ini juga saya sedar akan peri pentingnya kita terus menegakkan hak keistimewaan orang Melayu. Tetapi masalah sebenar kita bukanlah kerana mendapat hak keistimewaan itu. Masalah kita ialah taking it for granted dan tidak memahami tujuan diadakan segala macam bentuk hak keistimewaan ini.

IMG_2639

Melayu dahulu, kerjanya menanam padi. Padi yang ditanam cukup untuk menampung makan seisi keluarga sepanjang tahun. Mereka hanya perlu bekerja berat 2 kali sahaja dalam masa setahun. Lebihan masa dihabiskan entah ke mana. Keadaan pada waktu itu mengizinkan mereka terus hidup permai walaupun demikian cara hidupnya.

Kita sekarang tidak lagi hidup di zaman serba mudah itu. Masa bergerak pantas. Dunia semakin kejam. Yang kuat terus menindas yang lemah. Sukar untuk kita cari si kuat yang suka membantu si lemah. Maka melayu sekarang tidak boleh terus berangan mengimpikan hidup yang semakin mudah pada hari esoknya.

Anda yang sedang bersekolah mungkin merasakan waktu di universiti lebih lepak. Anda yang sedang menuntut di universiti mungkin merasakan waktu bekerja lebih mudah. Anda yang bujang mungkin merasakan hidup berkeluarga kurang masalahnya. Seandainya kesenanganlah yang terus bermain dalam minda kita, maka kita akan terus tertinggal.

Jadi apa yang harus kita lakukan?

Marilah sahabat sekalian, terus berusaha dan bersusah-susah mencari makna kehidupan. Kita mundur kerana kita lupakan Pencipta. Kita mundur kerana kita lupa diri. Bahkan, mungkin bukan lupa tetapi tidak kenal pun diri sendiri. Benarkah anda mengenali diri anda? Kebanyakan kita tidak peduli pun tentang persoalan penting ini.

Masa yang lapang, gunakanlah untuk menuntut ilmu. Jangan bosan dengan ilmu. Ilmu membawa kita jauh daripada kejahilan dan azab neraka yang disebabkan kelemahan diri sendiri. Ilmu mendekatkan kita kepada rahmat yang tidak pernah putus daripada satu-satunya Ilah yang kita sembah dan kita pohonkan segala harapan.

wallahua'lam

3 comments:

Anonymous said...

Assalamua'laikum,
menarik tajuk saudara lately. Ia berkaitan dgn bangsa kita 'MELAYU'.
Memang kalau difikir ttg nasib bangsa melayu skrg (malah sejak dahulu)..terlalu byk perlu diperbaiki.Hanya sebhgn yg sedikit sedar akan kelemahan bangsa melayu. Atau ada yg sedar tetapi mengambil sikap berdiam diri(another malay's typical attitude) lalu tiada perubahan yg berlaku. YA! Saya setuju bhw melayu tidak sedar akan motif diberi keistimewaan melayu. Saya ada pengalaman yg ingin dikongsi, hari itu saya berbual dgn partner lab saya, a chinese girl. Kami bertukar-tukar cerita background masing2, rupa-rupanya dia dihantar oleh parent dr China utk belajar di NZ seorg diri. Bermula di boarding school di sini . Subhanallah. Parent dia di China bekerja utk menampung dia di NZ. Cermn dr sdr yg telah diberi peluang belajar 'free'. Tetapi sebhgn melayu merasa terlalu selesa ('comfort zone') hingga lalai dan alpa tggjwb menuntut ilmu dgn BERSUNGGUH-SUNGGUH. Satu lagi pengalaman saya ialah bersembang dgn s'org uncle yg saya terserempak di tmpt sy bekerja part-time, stlh beberapa minit bersembang, saya ambil kesempatan tanya kenapa perlu keluar malaysia utk bekerja, directly he answered 'pasal hak bumiputera'. Wow! Begitu sekali effect keistimewaan melayu ke atas bangsa lain. Tetapi melayu tak sedar. Ok, itu dr perspektif bangsa melayu. Kita mungkin boleh menyenaraikan countless langkah2 utk memeperbaiki melayu tetapi selagi ianya tidak berlandaskan WAHYU DAN SUNNAH, sampai bila2 pun melayu itu akan mundur. Secara keseluruhan mudah sahaja teguhkan pegangan agama anything else insyaAllah Allah permudahkan segalanya. Sekian, terima kasih.Wassalam.

N. Azmir said...

waalaikumussalam wbt

Terima kasih kerana memberi pandangan. Saya setuju dengan konklusi yang saudari coretkan di akhir komen.

Segalanya akan berubah jika benar kayu pegangan kita. Bangsa yang mundur akan muncul gemilang jika Islamlah cara hidup mereka. Seperti kata-kata Saidina Umar al-Khattab, "Tiada kemuliaan kepada kita melainkan setelah datangnya Islam"

Mari bersama-sama melancarkan mujahadah untuk mengubah sikap. Malaysia Boleh dengan Islam

wallahua'lam

Anonymous said...

wahai sahabat,

saya sarankan anda baca juga buku
"The Chinese Dilemma"

Benar, terlalu banyak yg kita tidak tahu. Pasak belum lagi kuat,mungkin selepas 20 tahun besusah payah baru diri sebenar akan terbentuk.

smoga terus berjuang.

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB