Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Mubarak

Ini merupakan kali kedua saya menyambut ramadhan di Paka, Terengganu. Saya masih tidak dapat membuang rasa kagum pabila hadir ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih semenjak semalam lagi. Masjid benar-benar penuh bagaikan sewaktu solat Jumaat gambarannya. Istimewa sekali.

Namun, "keoptimisan" saya ini terhapus terus tatkala mengenangkan apa yang berlaku pada tahun lepas. Masjid hanya penuh sebegini di awal-awal Ramadhan sahaja. Semakin ke penghujung, semakin sunyilah jadinya.

Keadaan ini dilihat sama sahaja di pelusuk dunia mana sekalipun. Semasa saya belajar dahulu, lebih kurang beginilah keadaannya dengan satu perbezaan ketara. Memandangkan New Zealand bukanlah negara majoriti Islam, sambutan hari raya tidak dimeriahkan dengan jualan murah di sana sini. Maka, tertumpulah juga umat Islam mengerjakan ibadah di saat-saat akhir ramadhan terutamanya pada malam ke-27. Masjid-masjid lazimnya akan mengadakan qiamullail jama'ie pada 10 malam terakhir Ramadhan. Pada malam ke-27, bukan sahaja sewaktu Tarawih masjid2 dibanjiri, malahan pada waktu qiamullail begitu jugalah keadaannya. Lebih istimewa.

Alangkah manisnya jika ini berlaku setiap hari tatkala waktu subuh menjenguk..

Terkenangkan Ramadhan di Auckland..



1 comments:

abu solahuddin said...

terkenang zaman muda2 dulu. Selamat bermujahadah di bulan penuh keberkatan ini

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB