Saturday, August 22, 2009

Ramadhan yang ke Sekian Kali

Alhamdulillah, dipertemukan kita dengan Ramadhan lagi.

Bulan ini menyajikan terlalu banyak peluang untuk kita menjadi lebih baik. Berbekalkan cita-cita dan pelan tindakan yang strategik, insyaAllah itu boleh dicapai.

Tahun ini, saya berazam untuk menempuh 30 hari bulan Ramadhan dengan penuh keimanan. Pabila berakhirnya bulan penuh barakah ini, saya berharap dapat mencapai 3 perkara.
  1. Iman ameeq (iman yang mendalam)
  2. Takwin dakik (pembentukan yang teliti)
  3. Amal mutawasil (amalan berterusan)
Berbekalkan 3 perkara ini jugalah, saya berharap Allah akan mengeluarkan saya daripada kekeliruan hidup yang saya sedang hadapi sekarang.

3 comments:

Imran Razali said...

Salam

Ramadhan Mubarak

Wahh mengapplykan bab terakhir Antara Semalam Dan Hari Ini dari Majmu'ah ArRasail untuk mutabaah Ramadhan... bagus2.. smoga dengan tercapai wasilah2 umum ni, sampailah kita kepada marhalah terakhir dakwah iaitu tanfiz secara total selepas ta'rif dan takwin ;)

Kullu 'Aam wa antum bikhair ^_^

N. Azmir said...

wsalam wbt

Alhamdulillah, terlintas di fikiran nak apply apa yg kita duk "belajar" selalu.

InsyaAllah, semoga tergolong kita di kalangan orang yang soleh sampailah hujung hayat.

dina said...

ameeeeen

Post a Comment

 

©2009 Makna Hidup | by TNB