Pengalaman ramadhan paling menakjubkan.
Ini cerita biasa. Namun kesannya kepada saya cukup luar biasa.
12Ramadhan 1433, 1/8/2012
Satu hari lagi di bulan ramadhan yang saya lalui tanpa isteri di sisi di kemaman.Namun, apa yang berlaku hari ini sangat berbeza..
1:30pm - usai solat zohor, saya terus bergegas ke arah kereta, memandu keluar dari Kerteh menuju ke seremban. Baru sahaja menerima panggilan dari isteri. Sakitnya sudah menjadi-jadi. Semakin kerap. Adakah ini harinya yang kami berdua tunggu semenjak sekian lama?
6:00pm - setibanya di colombia hospital, seremban, saya terus bertemu dengan ibu dan bapa mertua saya. "Wani kat mana ibu?” Jawab mertua saya, "Dia dalam bilik bersalin. Azmir seorang je yang boleh masuk.” Alhamdulillah, sempat juga saya tiba dari Kerteh untuk menyaksikan antara peristiwa paling penting dalam hidup.
6:20pm - saya masuk ke dalam bilik bersalin. Biliknya serba sederhana. Sebuah katil, 2 biji kerusi, beberapa instrumen perubatan, sebuah televisyen dan meja makan pesakit. Di atas katil, isteri tercinta sedang berusaha keras menahan kesakitan. Ketika itu, waktu makan malamnya. Saya benar-benar kasihan melihatnya. Setiap suapan nasi, akan diiringi kesakitan yang agak keras. Hampir setengah jam masa yang diperlukan untuk menghabiskan makanan itu.
7:20pm - tiba masa untuk saya pula berbuka puasa dan solat maghrib. ” Abang jangan keluar lama sangat ye.” Sebak mendengar kata-katanya itu, lalu saya membalas. ”Ok, jangan risau. Sekejap je insyaAllah. Sakit n takut ye?” Lalu isteri saya mengangguk lemah. Ibu dan bapa mertua saya sudah pulang setelah menghantar lauk untuk saya berbuka. Deringan telefon bimbit saya bersambung-sambung. Panggilan dari ibu dan adik-adik saya. Mereka akan datang melawat usai berbuka dan solat maghrib.
9:00pm - doktor Intan masuk bertemu isteri saya. Dia seorang doktor pakar sakit puan berusia sekitar 40-an. Tampak cukup kompeten dan sangat berpengalaman. ”Alhamdulillah, dah 3 cm dik. Saya pecahkan air ketuban ye.” Isteri saya tidak membantah. Dengan penuh sopan, doktor Intan berkata, ” maaf ye. Sakit sikit ni. InsyaAllah, dalam pukul 4 pagi, keluar lah baby tu. Sekarang ni, baru masuk active phase of the contraction. Setiap jam, 1 cm lagi bukaan serviks adik akan bertambah.” Alhamdulillah. Akan muncul juga insan yang kami tunggu-tunggu ini. Tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon, ” Azmir, tolong keluar sekejap. Ambil air selusuh.” Saya pun keluar dari bilik bersalin. Di ruang menunggu, saya bertemu hampir semua ahli keluarga saya. Setelah menceritakan perkembangan isteri saya kepada mereka, saya lalu masuk semula membawa air selusuh yang diberikan oleh mertua saya. Jujurnya, saya sendiri tidak pasti bagaimana air itu boleh membantu proses bersalin. Namun penyediaannya menggunakan ayat-ayat quran dan doa. InsyaAllah, itu sekadar ikhtiar. Tawakal tetap hanya pada Allah.
13Ramadhan 1433, 2/8/2012
12:00am - isteri saya terus dalam kesakitan. Saya sendiri cemas dan gundah. Lalusaya menekan butang merah di katil isteri saya memanggil jururawat bertugaspada malam itu. Seorang jururawat berbangsa India masuk memeriksa keadaanisteri saya. ” Dah buka 4cm.” Isteri saya mula cemas. Inilah susahnya bilaseorang doktor yang mengandung dan bersalin. Pengetahuan mereka menyebabkanmereka mudah risau akan segala kemungkinan negatif yang boleh berlaku. Mengikutperkiraannya, bukaan sepatutnya sudah mencapai 6cm. Adakah pembedahan perludijalankan untuk mengeluarkan bayi ini? Saya harap tidak. Pelbagai sedatifboleh diberikan semasa pembedahan bagi mengurangkan kesakitan, namun kesanselepas pembedahan yang saya khuatiri.
2:00am - kekerapan isteri saya mengalami kesakitan akibat contraction semakinbertambah. Daripada 5-10 minit sekali, bertambah menjadi 1-2 minit sekali. Sayatidak dapat tidur. Isteri saya apatah lagi. Biasanya, saya jarang bolehbertahan selepas jam 12. Tetapi hari ini cukup berlainan. Biarpun mata dankepala saya cukup letih dan sakit, saya gagahkan juga kerana apa yang isterisaya alami jauh lebih dahsyat. Dia sangat memerlukannya. Perlukansungguh-sungguh sokongan dari saya. Saya faham kini, mengapa ibu perludihormati jauh lebih tinggi daripada ayah. Benarlah seperti yang telahdiajarkan Rasulullah.
2:30am - Sekali lagi saya tekan butang merah itu. Pemeriksaan sama dilakukan. ”Barubuka 6cm. Saya rasa pundi kencing doktor penuh.” Semua jururawat yang menjagaisteri saya memanggilnya doktor kerana jelas tertulis pada dokumenpendaftarannya. Lalu jururawat itu melakukan prosedur mengosongkan pundi kencingisteri saya kerana isteri saya sudah tidak mampu membuang air kecil lagi. Semuarongga seakan tersekat. Itu normal pada fasa-fasa akhir melahirkan bayi. Disitu juga saya menjadi bertambah simpati dengan isteri saya apabila isteri sayamengerang kesakitan semasa prosedur mengosongkan pundi kencing itu dibuat.Malangnya tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan memegang erat tangannyadan terus berdoa.
3:00am - Benarlah, setelah pundi kencing isteri saya dikosongkan, bukaan serviksnyabertambah secara mendadak. Kini sudah 9cm. Isteri saya tidak tahan lagi.Perlahan dia membisikkan di telinga saya, ” Abang, sakitnya... Sakit sangat..Allahu Akbar.” Lidah saya kelu. Saya yang biasanya agak banyak berbicara, padahari itu, hampir tidak bersuara. Apa yang boleh saya lakukan, hanyalah kembalimenekan butang merah itu. Jururawat tadi masuk bersama seorang lagi rakannya.Setelah memeriksa keadaan isteri saya,mereka lantas membuat persiapan untuk menyambut kelahiran bayi saya. Katajururawat itu, ” bila rasa sakit, doktor push ye. Bila push, kepala tunduk,jangan tutup mata, kacip gigi rapat-rapat dan jangan menjerit”
3:30am - Isteri saya masih lagi berusaha untuk push setiap kali rasa sakit. Namunia seakan-akan tiada hasil. Saya sendiri sudah nampak kepala dan rambut anaksaya, namun sangat sukar untuk dikeluarkan. Walaupun dilarang daripadamenjerit, namun isteri saya tidak dapat mengelak daripada mengerang akibatterlalu sakit. Saya tidak merasakannya tetapi saya faham, sudah tentu amatsakit. Lalu salah seorang jururawat itu berkata, ” Kita panggil doktor Intanye, bantu guna vacuum.” Saya terkedu namun bersyukur, ada jalan lain selainpembedahan.
4:00am - Keadaan masih lagi seperti satu jam yang lepas. Kesakitan tidakberkurangan, tetapi progress proses bersalin isteri saya juga tidak bertambah.Saya terus berdoa. Saya tidak pula mendesak isteri saya untuk push kerana sayatahu, dia sudah pun melakukan yang terbaik. Tambahan pula, tepat jam 3:00amtadi, genaplah 24 jam isteri saya tidak tidur. Keringat sudah hampir sejammembasahi muka dan badan isteri saya. Doktor Intan masuk. Hati saya seakanberbunga, memberi sinar harapan. Mereka terus membuat persiapan untuk melakukanprosedur vacuum. Vacuum kecil telah dimasukkan dan dilekatkan pada hujungkepala anak saya yang boleh dicapai oleh doktor. Berlaku beberapa siri push andpull. Isteri saya hanya menunggu arahan seterusnya.
4:15am - Alhamdulillah, akhirnya penantian saya dan isteri selama 40 minggu sampai kepenghujungnya. Tangisan yang biasanya saya amati hanya di kaca televisyen, kinisaya nikmati secara terus. Sungguh comel. Saya gembira tak terkata. Setelahmengucup dahi isteri, saya terus ke ruang hadapan di mana anak lelaki sayasedang dibersihkan, ditimbang, didaftar dan diselimutkan. Ada bengkak kecil dibahagian kepalanya kesan vacuum tadi. Namun jururawat meyakinkan saya, ia akansurut nanti. Anak saya lahir dalam keadaan mukanya menghadap ke atas. Itulahpunca isteri saya sukar mengeluarkannya tanpa bantuan vacuum. Bayi tersebutkemudian dibawa kepada ibunya yang berbaring tak bermaya. Saya kemudian azandan iqamat pada anak suci ini agar kalimah Tuhan yang paling awal didengarinya.Melihat anak ini mengelip-ngelipkan matanya, sesekali mengeluarkan lidahnya danmenggerakkannya kedua tangan kakinya, saya tidak dapat menahan air mata dariterus mengalir. Tanda syukur dan tunduk abdi saya kepada Allah. Maha hebatciptaanNya. Sudah lama mata ini tidak basah. Pagi ini ia seperti tidak mahuberhenti...
0 comments: